FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Peneroka awal model kejayaan Felda – Ismail

MARAN 1 Dis. – Generasi baru Felda perlu menjadikan ibu bapa masing-masing sebagai idola kerana mereka telah meletakkan Felda sebagai sebuah agensi yang berjaya di persada antarabangsa.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sejarah telah membuktikan generasi pertama yang bersemangat dan berpandangan jauh mampu bertahan dan kekal sehingga sekarang.

Katanya, pada peringkat awal kemasukan ke tanah rancangan Felda sekitar tahun 1960-an, generasi pertama bukan sahaja berhadapan dengan masalah infrastruktur dan pendapatan kecil tetapi juga binatang buas.

”Mereka yang lemah semangat dan tidak tahan dengan cabaran pada peringkat awal menjadi peneroka, akan lari pulang ke kampung asal begitu sahaja.

”Keringat generasi pertama dianggap sebagai permata untuk menyinari kehidupan generasi seterusnya dan kini ia menjadi kenyataan,” katanya ketika menutup Karnival Iktiraf peringkat Felda Wilayah Jengka di Stadium Mini Bandar Jengka di sini di sini baru-baru ini.

Ismail berkata, kegigihan, kesabaran dan pandangan jauh peneroka perlu dijadikan teladan bagi generasi baru peneroka dalam meneruskan legasi perjuangan dengan memantapkan misi pembangunan Felda.

Tambahnya, generasi baru Felda patut malu jika mereka mendatangkan masalah kepada masyarakat seperti terbabit dengan gejala sosial, memilih kerja dan sebagainya sehingga gagal memberi lonjakan lebih baik.

” Felda berjaya mengangkat martabat masyarakat peneroka keluar daripada kemiskinan dan kini memperolehi kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang setanding dengan bangsa lebih maju di negeri ini,” katanya.

Ismail juga menegur generasi baru Felda yang tidak mengambil serius untuk mendaftar diri sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedangkan mereka sudah berusia 21 tahun.

Katanya, golongan itu perlu diberi kesedaran tentang tanggungjawab masing-masing terhadap bangsa kerana di tangan mereka ada kuasa ‘eksekutif” untuk menentukan siapa akan memerintah negara pada masa akan datang.

SUMBER: UTUSAN ONLINE

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>