FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Peneroka dinasihat bersama Felda

SELENDANG 2 – Peneroka tanah rancangan Felda Selendang 1 dan 2 dinasihatkan supaya menjalankan kerja penanaman semula kelapa sawit melalui Felda, dan bukan secara sendirian.

Pengurus Felda Selendang 1 dan 2, Zainal Abidin Abdul Hamid berkata, ini perlu kerana terdapat peneroka yang menjalankan tanaman semula secara sendirian mengalami kerugian setelah ia terbengkalai.

Menurutnya, dengan mengikuti program menanam semula melalui Felda, hasil kebun peneroka akan lebih baik memandangkan Felda telah lama berkecimpung dan berpengalaman dalam soal pembangunan tanah.

“Peneroka sepatutnya faham peraturan menanam semula kelapa sawit cara Felda dengan menebang pokok yang sudah tua dan mencencang batangnya dengan sempurna sebelum proses tanaman semula dapat dijalankan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Perasmian Tanaman Semula Felda Selendang 2, di sini.

Zainal Abidin berkata, seramai 121 peneroka Felda Selendang 2 mengambil keputusan bersama Felda, manakala 11 lagi peneroka memilih untuk menjalankan program tanam semula secara sendirian.

“Felda akan menanam semula kawasan perladangan kelapa sawit seluas 551 hektar di Selendang 2 mulai Disember depan dan kerja penebangan semula sawit sudah dimulakan,” katanya.

Beliau berkata, program tanaman semula itu adalah usaha yang terbesar sekali yang dibuat oleh Felda untuk kegiatan itu.

“Inisiatif itu akan mengambil masa tiga tahun untuk diselesaikan dan peneroka akan mendapat hasil selepas tempoh ini,” katanya.

Menurutnya, dengan program penanaman semula yang dirancang Felda ia akan menjamin masa depan peneroka Felda kerana potensi hasil yang lebih baik dengan klon baru yang berkualiti.

“Ladang yang mempunyai pokok kelapa sawit lebih daripada 25 tahun perlu ditanam semula kerana apabila menjangkau tempoh itu, hasil akan berkurangan,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE

Related Posts with Thumbnails

, , ,

2 thoughts on “Peneroka dinasihat bersama Felda

  • putera says:

    sekarang ni ada peneroka dah bijak untuk memilih yag terbaik..sampai bila kita asyik bergantung dengan subsidi, syabas kepada yang mengusaha sendiri,” USAHA TANGGA KEJAYAAN”

  • Enchek Coi says:

    tanam sndr. x ada la hutang lagi. kalau kata ada yg gagal pun sekurang2nya mencuba. sampai bila bangsa kita nk jadi bangsa subsidi dan diberi tongkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>