FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Peneroka Felda jadi benteng pertahan ketuanan Melayu – Yusof Noor

BERA 29 Nov. – Masyarakat peneroka Felda akan menjadi benteng pertama dalam mempertahankan ketuanan Melayu jika ada pihak mahu menghapuskan konsep itu di negara ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor menegaskan, perkara itu penting memandangkan Felda ditubuhkan untuk mengeluarkan masyarakat Melayu daripada kemiskinan dengan menjadi peneroka di tanah-tanah rancangan.

Katanya, penubuhan Felda pada zaman Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein adalah untuk melihat orang Melayu berubah dan menikmati kehidupan lebih baik di tanah-tanah rancangan.

“Penubuhan Felda adalah berteraskan kepada ketuanan Melayu kerana mahu melihat masyarakat kaum itu bebas daripada kemiskinan.

“Oleh itu, saya menyeru masyarakat peneroka menolak anasir-anasir yang mahukan konsep itu dihapus dan memecahbelahkan masyarakat di kawasan tersebut,” katanya selepas majlis pelancaran khatan beramai-ramai Felda Wilayah Mempaga di Felda Mayam di sini semalam.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang berikrar untuk tidak meneruskan konsep ketuanan Melayu supaya golongan muda kaum itu membesar dan bermaruah.

Mohd. Yusof berkata, menerusi konsep ketuanan Melayu, pembukaan tanah rancangan Felda bukan sahaja dirasai oleh orang Melayu tetapi juga dinikmati oleh kaum lain di negara ini.

Jelasnya, ia dibuktikan apabila golongan itu menjadi peneroka di tanah rancangan manakala kaum-kaum lain membuka perniagaan di kawasan sekitarnya.

“Pembukaan pusat perniagaan di bandar kecil adalah bukti masyarakat peneroka membeli keperluan mereka di kawasan itu.

“Tanpa peneroka, bagaimana peniaga terbabit mahu menjalankan perniagaan mereka dan sudah semestinya ia membawa kerugian,” katanya.

Katanya, konsep itu sebenarnya membawa faedah kepada seluruh masyarakat dan ia dapat dilihat bagaimana semua kaum menjalani kehidupan tanpa rasa prejudis.

Beliau turut melahirkan kebimbangan jika pihak terbabit mengambil alih pemerintahan negara dan tidak mahu meneruskan konsep ketuanan Melayu, tidak mustahil Felda akan ditutup.

SUMBER: UTUSAN ONLINE

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>