FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Peneroka Felda Purun Tak Puas Hati

FELDA PURUN – Lebih 280 peneroka di Felda Purun Satu dan Dua tidak berpuas hati apabila tidak mendapat hasil lebihan sawit untuk Ogos dan September tahun lalu.

Penduduk Felda Purun Dua, Ahmad Abdul Rahman berkata, lebihan hasil itu hampir mencecah RM1,000 dan jumlan itu amat besar untuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan tinggi.

Menurutnya, sejak memperkenalkan bayaran itu pada Ogos lalu, ia adalah berita gembira namun bayaran yang mereka terima adalah untuk Oktober dan November 2010.

“Duit lebihan hasil ini kami terima dalam slip berlainan. Walaupun mengetahui jumlah lebihan masing-masing untuk Ogos dan September ini, kami belum menerima apa-apa bayaran lagi.

“Apabila dimaklumkan kepada pihak atasan, mereka menyuruh kami bersabar. Tetapi, sampai bila kerana saya berpendapat bayaran itu sudah lama berbayar,” katanya.

Selain itu, Ahmad berkata, kebanyakan peneroka keliru dan terkilan dengan sistem pengurusan pihak atasan itu yang tidak mematuhi perjanjian.

“Kami bukan tidak sokong Felda. Malah, kami bersyukur. Namun, keadaan ini menjadikan kami seolah-olah ditindas.

“Sudah puas kami turun naik pejabat untuk mengetahui perkembangan bayaran itu, namun mereka hanya suruh tunggu entah sampai bila,” katanya.

Ahmad berkata, duit lebihan itu untuk kegunaan ibu tunggal dan anak yatim bagi meringankan beban mereka.

Menurutnya, dia juga terkilan apabila seramai 63 peneroka di sini tidak layak mendapat duit bonus seperti yang dijanjikan.

“Saya minta supaya pihak pengurusan menjalankan tanggungjawab mereka dengan telus kerana kami berasa teraniaya,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian dimaklumkan bahawa bayaran akan dibuat pada bulan hadapan mengikut kelulusan ibu pejabat.

Manakala, bayaran pada Oktober dan November tahun lalu itu untuk memudahkan peneroka menampung keperluan sekolah anak masing-masing.

SUMBER: SINAR HARIAN

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>