FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Peneroka Felda Rentam Mohon Pinjaman Diluluskan

FELDA RENTAM- “Sudah lima tahun kami tinggal di rumah usang ini dan memang berhasrat untuk tinggal di rumah yang baru, tetapi permohonan kami masih belum diluluskan lagi,” kata Sukiman Aziz, 39, yang merupakan generasi kedua Felda di sini.

Menurutnya, keadaan rumah asal Felda yang didudukinya itu sudah terlalu uzur dan kadang kala boleh mengancam keselamatan mereka sekeluarga.

Sukiman yang bekerja sebagai mekanik hanya mengharapkan pinjaman permohonan bagi menaik taraf rumah yang didudukinya ini bersama isteri, Nora Azlina Mohd Najib, 31 dan enam anak mereka.

Rumah itu adalah rumah bapa mentua Sukiman dan sudah beberapa kali membuat permohonan kepada pihak atasan, tetapi hingga ke hari ini, ia masih belum diselesaikan lagi.

“Sudah hampir setahun lebih saya cuba usahakan untuk mendapat pinjaman perumahan itu kerana rumah kami sememangnya sudah terlalu uzur untuk diduduki.

“Setiap kali hujan, bahagian dapur rumah kami ini akan ditenggelami air dan kami anak beranak akan menimba air itu. Begitu juga dengan ruang tamu rumah yang akan basah kerana atap yang bocor,” katanya.

Selain itu, dia turut berasa sedih mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil dan terpaksa hidup susah.

Menurutnya, sukar untuk anak-anaknya belajar di dalam rumah berikutan keadaan rumah yang tidak selesa itu.

Menurutnya, lima daripada enam anaknya semua bersekolah dan yang bongsu masih lagi dalam pantang.

Sementara itu, pengurusan Felda Rentam ketika dihubungi Sinar Harian berkata, permohonan yang dikemukakan oleh ayah mertua Sukiman, Mohd Najib adalah tidak lengkap dan diharap supaya dia datang ke pejabat untuk melengkapkan permohonan berkenaan.

“Keluarga ini membuat permohonan pinjaman sebanyak RM40,000 dan sekiranya permohonan ini layak mengikut kategori tertentu ia akan diluluskan dengan kadar yang segera.

“Jika permohonan ini lambat, keluarga ini boleh membuat rayuan semula dan pihak kami tidak mempunyai apa-apa bantahan sekiranya pemohon ini layak untuk menerima pinjaman yang dimohon itu,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN

Jom baca syarat-syarat pinjaman perumahan peneroka di sini.

Related Posts with Thumbnails

, , ,

3 thoughts on “Peneroka Felda Rentam Mohon Pinjaman Diluluskan

  • kulot says:

    pgawai mkn rasuah mmg la tu…nk duitkopi…dasar org umno bodo..

  • kumai99 says:

    Ayah pernah buat permohonan. Selepas sekian lama hantar borang, ayah pun follow up kt pejabat Felda (Area lanchang rasanya) yg menguruskan pasal pinjaman ini, mereka boleh jawab borang ayah aku tak samapi lagi, sedangkan org yg hantar sekali ngan ayah aku dah tau keputusannya. Ayah balik n tanya ngan pejabat felda kt tmpt aku, diorg leh kata borang ayah aku xde. boleh ke camtu? last2 ayah aku kena buat semula…tapi alhamdulillah la, dpt jgk pinjaman tu cuma yg aku kesalkan sikap tidak profesional pegawai felda kt tpt aku…

  • nizam says:

    itulah jawapan standard pengurus rancangan apabila media membuat susulan masalah peneroka. sebagai mantan kakitangan felda, aku pasti, borang tak lengkap bukanlah jawapan sebenar, sebabnya, mana – mana kakitangan yang menerima borang berkenaan, pasti akan membuat semakan terlebih dahulu dan, sekiranya ada kekurangan, pasti di masa itu juga akan ada permintaan supaya peneroka berkenaan membetulkan mana – mana maklumat yang diperlukan.. tapi biasalah aku tidak menyalahkan peneroka mahu pun pengurus rancangan tu. cuma aku nak berpesan di sini kepada kedua – dua pihak , BERUBAH SEBELUM PADAH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>