FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Peneroka kecewa tiada rundingan

JENGKA – Peneroka Felda Jengka 17 di sini yang mengusahakan ladang secara sendiri tidak bersetuju dengan tindakan pihak pengurusan Felda mengenakan pemotongan RM120 untuk Tabung Tanam Semula kali kedua bermula dari hasil Jun.

Pengerusi Tanam Semula Jengka 17, Mohd Wardi Adnan, 67, berkata, jumlah mewakili 68 peratus peneroka tanah rancangan itu kecewa apabila tiada sebarang rundingan atau surat pekeliling berhubung pemotongan kedua.

Menurutnya, pihak Wilayah Jengka menafikan dakwaan dengan memaklumkan bahawa surat pekeliling dikeluarkan namun pengurusan tanah rancangan sendiri tidak mengetahui perkara itu.

“Jika simpanan tabung lama kira-kira RM17,000 seorang masih gagal dikembalikan kepada peserta, macam mana kami akan setuju untuk benarkan Felda melakukan pemotongan kali kedua,” katanya pada satu majlis perjumpaan peneroka terbabit dengan pengurusan Felda, di sini.

Seorang peneroka, Syed Jamluddin Syed Mohammed, 62, berkata, peneroka kesal dengan tindakan pengurusan Felda yang dilihat cuba membodohkan mereka walaupun sedar bahawa peneroka sudah muak dengan permainan Felda.

Peneroka lain, Yahya Ismail, 60, berkata, peneroka yang melakukan tanam sendiri membuktikan bahawa mereka mampu berdikari sendiri tanpa bantuan Felda.

”Peneroka terlibat akan setuju pemotongan kedua tetapi Felda perlu kembalikan wang simpanan tabungan pertama terlebih dahulu. Mahu tunggu sampai bila baru hendak dikembalikan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, pihaknya tidak memaksa dan ia bergantung kepada persetujuan peneroka itu sendiri sama ada membenarkan hasil mereka dipotong atau tidak.

Menurutnya, tabungan itu demi kebaikan mereka kerana yang tinggal dalam tempoh 25 tahun lagi hanyalah generasi kedua dan ketiga sebagai pewaris untuk menguruskan ladang dan wang tabungan diperlukan bagi urusan tanam semula.

”Peneroka akan mendapat separuh daripada wang tabungan pertama secara tunai manakala separuh lagi akan diserahkan dalam bentuk input pertanian.

“Input pertanian termasuklah baja pertanian juga racun di mana peneroka boleh memesan dan memperolehnya di pejabat Felda di rancangan masing-masing,” katanya.

Sumber : Sinar Harian Online Edisi Pahang

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>