FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Peneroka perlu guna saluran betul

BENTONG – Warga Felda yang terdiri daripada kakitangan, peneroka mahupun anak peneroka disarani menggunakan medium tepat untuk menyalurkan setiap permasalahan supaya dapat diselesaikan dengan baik.

Timbalan Pengurus Besar Wilayah Mempaga, Amir Hamdan Yusof berkata, terdapat beberapa saluran di bawah Felda dapat dimanfaatkan termasuk Pertubuhan Peneroka, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Gerakan Perkumpulan Wanita (GPW).

Menurutnya, warga Felda disarani memanfaatkan pertubuhan dan persatuan itu ke arah membangunkan diri, keluarga dan masyarakat Felda pada masa akan datang.

“Pertubuhan dan persatuan diiktiraf ini sentiasa menjalankan mesyuarat dari semasa ke semasa dan wajar dijadikan saluran untuk menyampaikan setiap permasalahan.

“Namun begitu, ada sebilangan kecil peneroka terpengaruh dengan persatuan yang tidak diiktiraf kerana taksub dengan perjuangan untuk membela nasib mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Dialog Sinar Harian bersama Pengurusan Felda Wilayah Mempaga diadakan di Pejabat Wilayah Mempaga.

Amir Hamdan berkata, peneroka tidak sepatutnya terpengaruh dengan tawaran atau kata-kata manis pihak tidak bertanggungjawab dengan mengetepikan peranan Felda selama ini.

Menurutnya, peneroka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan maklumat terkini disampaikan Felda supaya mereka tidak terus menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

“Felda bertapak lebih 50 tahun di negara ini dan pelbagai pembangunan dan kejayaan dicapai sepanjang tempoh itu.

“Oleh itu, peneroka tidak seharusnya mengetepikan peranan dan kebaikan Felda tetapi perlu terus menyokong Felda dengan pembabitan aktif dalam pelbagai aktiviti untuk kebaikan semua pihak,” katanya.

Sumber : Sinar Harian Online Edisi Pahang

Related Posts with Thumbnails

, , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>