FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

PM beri jaminan masa depan peneroka FELDA kukuh

BANDAR SERI JEMPOL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memberi jaminan bahawa masa depan peneroka di tanah rancangan FELDA adalah kukuh dan selamat.

Beliau berkata, FELDA pada hari ini mempunyai tanah seluas 330,000 hektar dan membuat keuntungan pada purata RM1.1 bilion setiap tahun.

“Mana ada syarikat atau organisasi yang bankrap mempunyai harta sebanyak RM12.2 bilion bersih. Gambaran orang yang sudah bankrap adalah tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika berucap di Program Rahmat Ramadan Perdana 2010 di Masjid Bandar Seri Jempol hari ini.

Kira-kira 8,000 penduduk sekitar Jempol dengan sebahagian besarnya peneroka Felda memenuhi tiga khemah besar yang disediakan pada program itu sehingga Najib beberapa kali memberi penghargaan kepada pemimpin Jempol yang menjayakan program itu.

Perdana Menteri berkata, dengan keuntungan tahunan FELDA itulah, organisasi itu mampu menawarkan pinjaman kepada peneroka untuk membesarkan rumah mereka tanpa sebarang bunga atau faedah yang menurut Najib adalah “pinjaman terbaik di dunia”.

“Keadaan di FELDA sudah jauh berubah, sebagai manusia kita nak hari ini lebih baik dari semalam dan waktu masa kita mula jadi peneroka, kita mungkin pernah sangsi akan masa depan kita sebagai peneroka tetapi berkat jerih payah, persaudaraan dan kerjasama dengan kerajaan, hari ini kita jadi tuan punya tanah di mana setiap seorang memiliki sekurang-kurangnya 10 ekar tanah,” katanya.

Perdana Menteri berkata, apabila FELDA sudah berjaya, rata-rata tanah rancangan FELDA adalah kubu padu menyokong kerajaan dan ini menyebabkan timbulnya serangan dari pihak tertentu termasuk mendakwa FELDA bankrap untuk mencemar FELDA dan sekaligus menganggu gugat sokongan para peneroka kepada kerajaan.
“Dalam peratusan (pengundian pada) pilihan raya (kecil kawasan Parlimen) di Hulu Selangor lalu, jumlah sokongan amat tinggi dan calon kita yang menang mengaku tidak mungkin berjaya tanpa sokongan empat tanah rancangan FELDA di kawasan itu,” katanya.

Najib berkata, Malaysia sekarang ini mempunyai 317 rancangan Felda dengan 112,635 orang peneroka dan sudah banyak negara lain cuba meniru pembangunan ala FELDA ini tetapi mereka gagal.

“FELDA sudah bayar cukai sebanyak RM7 juta dan zakat sebanyak RM1.8 juta,” katanya.

Perdana Menteri berkata, adalah tidak berasas untuk menuduh FELDA bankrap apabila aliran wang tunainya merosot kerana ia adalah pusingan di dalam perniagaan.

Katanya, jika FELDA aset tanahnya seluas 330,000 hektar itu, dijangkakan organisasi itu akan mendapat keuntungan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM20 bilion.

Sementara itu, Najib meminta rakyat Malaysia khususnya peneroka supaya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan Allah SWT kepada negara ini.

“Nikmat yang paling besar dan utama ialah nikmat Islam dan keimanan itu sendiri yakni bila kita beriman dengan Allah, jalan kita diredai,” katanya.

Beliau berkata, selain daripada nikmat Islam dan keimanan, rakyat juga mendapat nikmat untuk berada dalam negara yang aman dan kerana keamanan inilah rakyat dapat menjalani segala ibadat.

“Inilah nikmat negara aman di mana kita harus syukur atas nikmat yang Tuhan kurniakan. Selain dari itu saya percaya kita juga dapat nikmat dalam negara yang dipimpin oleh sebuah kerajaan yang sentiasa letakkan kepentingan kepada rakyat sejak dulu lagi,” katanya. – BERNAMA

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>