FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Provokasi jejas generasi akan datang Felda

KOTA TINGGI: Jika ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bertujuan memajukan Rancangan Tanah Kemajuan Persekutuan (Felda), itu dialu-alukan, tetapi jika ada yang bertindak sebaliknya, sayalah orang pertama akan menentang mereka, itu kata dua Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail di Dewan Serbaguna Felda Semenchu, di sini, semalam.

Beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana berpendapat ada pihak tertentu iri hati dengan kemakmuran, kemajuan dan keamanan dikecapi warga Felda di 317 tanah rancangan itu seluruh negara hinggakan mereka sanggup mengeluarkan pelbagai tohmahan tidak berasas.

Menurut beliau, masalah berbangkit boleh diselesaikan di meja rundingan dan tindakan provokatif pihak tertentu dengan menghasut warga Felda boleh menjejaskan nasib generasi akan datang tanah rancangan berkenaan.

Felda membantu menjadikan Malaysia negara pengeluar sawit terbesar dunia dan menjadi agensi yang membantu peneroka di 317 tanah rancangan seluruh negara.

Kejayaan ini sepatutnya dikekalkan dan diperbaiki bukannya cuba diruntuhkan. Jangan kerana marahkan seekor nyamuk habis kelambu dibakar, katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Taklimat Cadangan Penyusunan Semula dan Transformasi GWGF di bawah Model Baru, Ekonomi, Sosial dan Pendidikan Untuk Generasi Baru Felda Bagi 20 Tahun Akan Datang.

Sumber : Harian Metro

Related Posts with Thumbnails

, , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>