FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Punca Minyak Masak Tidak Cukup di Pasaran

Sekarang ni kecoh berita minyak masak tidak cukup di pasaran. Tidak sangka pulak ianya ada kaitan dengan anak syarikat Felda yang menjual minyak kepada syarikat tidak berlesen. Felda harus mengambil tindakan tegas sekiranya benar berlaku penyelewengan dalam penjualan minyak tersebut.

Anak Syarikat Felda terlibat jual minyak masak kepada syarikat tanpa lesen

MACHANG – Sebuah anak syarikat Felda yang berpejabat di Pasir Gudang, Johor didakwa terlibat mengedar minyak masak kepada syarikat tidak berlesen dipercayai menjadi punca bekalan bahan kawalan itu tidak mencukupi di pasaran di negeri ini.
Ketua Bahagian Penguatkuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) Kuala Krai, Halijah Sandiman berkata, ia dikesan di sebuah premis di sini yang tidak mempunyai lesen sejak dua tahun lalu.

“Siasatan awal mendapati berdasarkan pendaftaran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), syarikat itu menerima bekalan dari Delima Oil Produk Sdn Berhad di Pasir Gudang sebanyak 16,300 kilogram minyak masak bagi sekali hantaran,” katanya kepada pemberita di premis itu dekat sini, hari ini.

Premis yang terletak di persimpangan Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli dikatakan mendapat bekalan dalam bentuk kontena dengan jumlah hantaran setiap bulan sebanyak lima kali.

Beliau berkata, ketika serbuan dibuat petang semalam, lima pekerja termasuk seorang penyelia sedang menjalankan kerja-kerja membungkus dengan berat setiap bungkus satu kilogram sebelum diedarkan kepada peniaga di kawasan itu.

“Bila kita meminta lesen, pihak pengurus gagal mengeluarkan lesen dan kita arahkan pekerja memberhentikan kerja-kerja itu disusuli dengan arahan menyita premis itu termasuk kita rampas minyak masak yang bernilai RM40,850 seberat 16,300 kilogram,” kata Halijah.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh disabitkan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000.

Katanya, minyak itu akan dilelong kepada perlesen esok mengikut kadar yang ditetapkan.

Tinjauan ke premis itu mendapati sebuah lori tangki dibina bersebelahan premis tersebut yang dianggarkan mampu menampung sehingga 17,000 kilogram minyak masak pada satu-satu masa.

Satu saluran paip berukuran kira-kira lima sentimeter masuk ke bangunan itu yang menempatkan sebuah mesin penyukat dan pembungkus di samping beratus-ratus kotak berjenama premis itu. – BERNAMA

Related Posts with Thumbnails

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>