FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

RM210 juta bantu generasi baru Felda

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukkan RM210 juta dalam tempoh lima tahun sejak 2005 untuk melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, seramai 33,017 warga Felda telah menjalani kursus kemahiran dalam tempoh tersebut termasuk 199 pemegang diploma daripada Universiti Lom Kok Wing, Kolej Nilai dan Akademi Laut Malaysia (Alam).

Menurutnya, bantuan yang disediakan adalah dalam bentuk geran yang membolehkan anak-anak Felda mendapatkan pendidikan percuma di bidang kemahiran yang menjurus kepada bidang pekerjaan dan menepati kehendak industri.

“Kerajaan amat komitmen dalam pendidikan justeru, peruntukan sebanyak RM50 juta setiap tahun akan diberikan bagi memastikan program kemahiran ini diteruskan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Belia Felda Malaysia sempena Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di sini, semalam.

Menurutnya, kejayaan kini menunjukkan generasi baru Felda yang berjaya dalam pengajian tinggi adalah seramai 76,483 orang yang mana 28,737 daripadanya memperoleh pendidikan peringkat ijazah dan 47,688 di peringkat diploma.

Ahmad berkata, pada masa ini seramai 230 generasi baru sedang menjalani latihan profesional tajaan Felda dalam bidang Jurutera Penyelenggaraan Pesawat Berlesen (LAME) dan seramai 68 pelajar melanjutkan pelajaran di bawah Skim Pelajar Cemerlang Felda.

Dalam pada itu, Ahmad menegaskan lima teras Felda yang cuba dicapai dalam Rancangan Malaysia ke-10 adalah menjadikan Felda sebagai contoh komuniti luar bandar, Felda menjadi golongan berpendapatan pertengahan, Felda menjadi pelaku Glokal, membangunkan potensi generasi baru Felda dan memperkukuhkan Felda sebagai institusi yang dihormati.

SUMBER: SINAR HARAIAN ONLINE

p/s: Harap peruntukkan dapat di salurkan dengan betul dan kepada mereka yang layak.

Related Posts with Thumbnails

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>