FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

RM30j atasi masalah air di Felda

Dalam Sinar Harian hari ni, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan kerajaan akan menaik taraf dan menggantikan paip lama di Felda-Felda sekitar Bera. Rasanya Felda Kumai dah jalan dah pun. Dan mungkin akan siap tidak lama lagi.

Ok. Kita baca Sinar Harian jom..

BERA – Masalah bekalan air paip yang dihadapi warga Felda sejak 20 tahun lalu di beberapa tanah rancangan di Felda Gugusan Bera akan berakhir tidak lama lagi apabila kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi menangani masalah itu.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan itu adalah untuk menaik taraf dan menggantikan paip lama dan uzur yang sering bocor yang sering dihadapi 30,000 peneroka di kawasan terbabit.

Menurutnya, bagi fasa pertama ini, keutamaan akan diberikan kepada Felda Purun, Mayam dan Kumai terutamanya mereka yang tinggal di kawasan tinggi yang sukar mendapat bekalan air bersih.

“Peruntukan itu termasuk menggantikan batang paip lama dan meningkatkan keupayaan loji bekalan air serta memasang penggalak (booster) di kawasan tekanan air rendah.

“Buat masa ini, keutamaan diberikan kepada tiga tanah rancangan ini yang sememangnya menghadapi masalah air yang kronik terutamanya ketika menjelang musim perayaan atau cuti musim persekolahan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail Sabri berkata, peruntukan fasa pertama itu diluluskan hasil perjumpaan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiga minggu lalu.

Katanya, Perdana Menteri prihatin masalah yang dihadapi peneroka Felda Bera dan bersedia menambah lagi peruntukan jika tidak mencukupi bagi memastikan warga peneroka dapat menjalani kehidupan dengan selesa.

“Prasarana dan kemudahan asas di tanah rancangan Felda kini semakin baik berbanding 20 tahun lalu dengan keadaan jalan di kawasan penempatan yang dahulunya hanya jalan tanah merah tetapi kini sudah diturap dengan tar dan dibekalkan dengan air paip.

“Kehidupan masyarakat meneroka yang semakin selesa menyebabkan banyak pihak cemburu sehingga marahkan kerajaan kerana tidak lagi membuka kawasan-kawasan baru berbanding pada awal penubuhannya 50 tahun lalu apabila ramai yang tidak berminat dan menolak untuk menjadi peneroka,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat akan sentiasa menghulurkan bantuan dari pelbagai aspek termasuk kemudahan infrastruktur demi keselesaan rakyat.

Dengan peruntukan itu, beliau mahu warga Felda bersabar sementara menunggu projek naik taraf ini siap sepenuhnya kerana bagi projek mega seumpama itu sudah tentu mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Related Posts with Thumbnails

, ,

2 thoughts on “RM30j atasi masalah air di Felda

  • Nizam says:

    Betul kata Malim tu..the said allocation will answer all the false allegations threw by irresponsible party.

    Bukan apa,we need govt to care peneroka FELDA, bukannya hanya berdebat dengan pihak2 yang asyik menyerang FELDA saje..Klu govt betul2 care peneroka, kami yakin mrk akan terus sokong kerajaan.

  • Malim says:

    Kami berharap agar urusan tersebut dapat diselesaikan dengan baik. Moga peruntukan yang diberikan oleh kerajaan sebanyak RM 30 juta dapat disalurkan kepada golongan sasaran tanpa sebarang kebocoroan. Ingatlah, ini adalah amanah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>