FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Tandan kelapa sawit hasil tenaga elektrik

JENGKA 23 – Masyarakat di seluruh kawasan Tanah Rancangan Felda Jengka bakal menikmati kemudahan elektrik secara berterusan apabila Felda Global dan Tenaga Nasional Berhad bekerja sama membina kilang penghasilan tenaga di Jengka 9 menggunakan teknologi biomas tandan kelapa sawit kosong.

Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Sabri Ahmad berkata, gabungan kedua-dua organisasi di bawah nama FTJ Bio Power Sdn Bhd itu bakal membekalkan 12.5 mW tanaga elektrik serta mampu menampung bekalan elektrik ke seluruh kawasan Jengka.

Menurutnya, projek yang bernilai RM120 juta itu dibina di atas tanah seluas 4.2 hektar serta dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2012 nanti.

“Tenaga yang dihasilkan melalui kilang ini kemudiannya akan dibekalkan melalui Bekalan Elektrik Nasional di bawah Program Tenaga Diperbaharui Kecil (SREP).

“Kilang ini akan memproses tandan kelapa sawit kosong yang terbuang selepas proses penghasilan minyak kelapa sawit. Jumlah tandan kelapa sawit kosong ini berjumlah kira-kira 350,000 tan setahun,” katanya selepas majlis perasmian FTJ Bio Power Sdn Bhd, di sini semalam.

Syarikat gabungan itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sempena lawatan beliau ke Jengka 23, semalam.

Sabri berkata, industri kelapa sawit Negara menghasilkan 140 juta tan biomas setiap tahun dan 20 juta tan daripadanya adalah melalui penggunaan tandan kelapa sawit kosong.

“Felda sebagai pengeluar kelapa sawit terbesar negara menghasilkan tiga juta tan kelapa sawit kosong dan ia merupakan satu peluang yang berharga dengan menukarkan tandan kelapa sawit kosong dan hampas kelapa sawit kepada tenaga elektrik,” katanya.

Beliau berkata, projek itu nanti akan menyokong dan memenuhi permintaan tenaga elektrik negara yang semakin bertambah selain menyediakan kira-kira 200 peluang pekerjaan di kawasan Jengka.

SUMBER: SINAR HARIAN

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>