FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Warga Felda Digesa Bersatu

LUI TIMUR – Bukan sekadar gagasan, sebaliknya program berkaitan 1Malaysia sebenarnya mempunyai motif untuk mengeratkan hubu-ngan antara rakyat negara ini yang berbilang kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, gagasan 1Malaysia diwujudkan kerana mahu memastikan perpaduan setiap kaum kekal dan bukan sekadar slogan.

Justeru menurutnya, masyarakat peneroka juga perlu menyahut dan memahami gagasan itu untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.

Berikutan itu, katanya, pegawai seranta yang dilantik perlu mengambil tahu bukan sahaja masalah peneroka, malah konsep 1Malaysia itu secara mendalam.

“Pegawai Seranta perlu ambil tahu permasalahan peneroka, pengisian dalam konsep Satu Malaysia.

“Pegawai Seranta Felda adalah perantara kerajaan dengan masyarakat peneroka, terutamanya daripada sudut ekonomi, pendidikan, politik dan sosial,” katanya pada Program Jejak Aspirasi 2010 anjuran Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Felda Wilayah Raja Alias, di Balai Raya Lui Muda, dekat sini, semalam.

Selain itu, Zainal Abidin turut menyentuh tentang Projek Perumahan Generasi Kedua Felda, di mana Felda akan menyediakan tapak rumah membabitkan lot kosong untuk didirikan rumah sederhana.

Sementara itu, Ketua Kampung Lui Muda, Zahari Mohd Din berkata, warga peneroka Felda di sini berpuas hati dengan penjelasan mengenai konsep gagasan 1Malaysia.

Menurutnya, dalam gagasan 1Malaysia, nilai-nilai murni dapat diterapkan, selain dapat meningkatkan minat generasi baru untuk melibatkan diri secara aktif dalam Program Pembangunan Komuniti.

Justeru, beliau menyokong saranan Zainal Abidin supaya peneroka Felda untuk turut mendalami maksud yang tersirat di sebalik konsep tersebut.

Selain itu, beliau menggesa semua peneroka Felda terus bekerjasama antara satu salam lain dalam usaha memperindah kampung.

“Menyemai sifat bekerjasama dan bantu membantu dalam menjaga kebersihan kawasan kampung melalui pertandingan ‘Edible Garden Felda, Rumah Contoh’.

“Selain itu, ianya dapat mengeratkan jalinan silaturahim antara warga Felda di semua peringkat,” katanya.

Sumber : Sinar Harian Online Edisi Negeri Sembilan & Melaka

Related Posts with Thumbnails

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>