FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Yakin peluang cerah – Belia Felda Sebertak

FELDA SEBERTAK – Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Sebertak bersedia menghadapi saingan sengit pencabar MBFM lain dalam pertandingan Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) tahun ini yang akan diadakan di Putrajaya bermula 10 hingga 12 Disember ini.

Pengerusinya, Datuk Mohd Azizan Che Omar berkata, setelah beberapa kali dicalonkan dalam beberapa kategori pertandingan itu, tahun ini, mereka yakin bakal merangkul johan dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelum ini, ternyata persatuan belia Felda yang bertanding ternyata mempunyai kelebihan masing-masing dan MBFM Sebertak telah memperbaiki kelemahan yang ada untuk mara bersaing.

“Persatuan ini adalah persatuan belia Felda yang aktif dalam pelbagai kategori termasuklah penglibatan belia dalam sektor pertanian, penternakan, kemahiran dan perniagaan.

“Sebenarnya melalui persatuan ini, beliau mampu bersama-sama berganding bahu mengembangkan pembangunan belia untuk bergelar usahawan sekali gus membangkitkan pembangunan ekonomi di kalangan bumiputera di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sehingga sekarang, terdapat lebih 50 belia yang telah bergelar usahawan muda dalam bidang-bidang tersebut bagi menyahut cabaran kerajaan.

Katanya, menerusi pertandingan ini, sekurang-kurangnya memberi semangat kepada mereka untuk terus mara ke hadapan dan ini juga adalah penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian belia dalam Felda.

Menurut Mohd Azizan, penganugerahan itu mampu menggalakkan penyertaan belia dalam kerja sukarela dan kemasyarakatan, menjana sokongan masyarakat umum serta sektor swasta terhadap kerja pembangunan serta memupuk semangat berdikari di kalangan persatuan belia.

“Sebenarnya, kita mempunyai golongan belia yang berwawasan dalam pelbagai bidang namun usaha mereka jarang diketengahkan.

“Berdasarkan statistik, dianggarkan lebih 30 peratus anak peneroka berjaya dalam kehidupan mereka dan seharusnya ini wajar dijadikan semangat kepada belia yang lain supaya terus berusaha,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bera berkata, peluang mewakili Wilayah Mempaga ke peringkat kebangsaan ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana ini merupakan platform anak-anak peneroka untuk menonjolkan diri mereka ke peringkat kebangsaan.

Beliau berharap, lebih ramai belia turun padang dalam setiap aktiviti kemasyarakatan yang diadakan selain melibatkan diri dalam sektor-sektor yang berkaitan untuk menaja ekonomi di tanah rancangan ini.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>