FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…

bera


 Powered by Max Banner Ads 

Yakin peluang cerah – Belia Felda Sebertak

FELDA SEBERTAK – Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Sebertak bersedia menghadapi saingan sengit pencabar MBFM lain dalam pertandingan Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) tahun ini yang akan diadakan di Putrajaya bermula 10 hingga 12 Disember ini. Pengerusinya, Datuk Mohd Azizan Che Omar berkata, setelah beberapa kali dicalonkan dalam beberapa kategori pertandingan itu, tahun ini, mereka […]

, ,

Peneroka Felda jadi benteng pertahan ketuanan Melayu – Yusof Noor

BERA 29 Nov. – Masyarakat peneroka Felda akan menjadi benteng pertama dalam mempertahankan ketuanan Melayu jika ada pihak mahu menghapuskan konsep itu di negara ini. Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor menegaskan, perkara itu penting memandangkan Felda ditubuhkan untuk mengeluarkan masyarakat Melayu daripada kemiskinan dengan menjadi peneroka di tanah-tanah rancangan. Katanya, penubuhan Felda […]

, ,

RM30j atasi masalah air di Felda

Dalam Sinar Harian hari ni, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan kerajaan akan menaik taraf dan menggantikan paip lama di Felda-Felda sekitar Bera. Rasanya Felda Kumai dah jalan dah pun. Dan mungkin akan siap tidak lama lagi. Ok. Kita baca Sinar Harian jom.. BERA – Masalah bekalan air paip yang dihadapi warga Felda […]

, ,

PSSGM: Cikgu Ghazali bin Mat Tahir (Pak Long Zali)

Paklong Zali merupakan seorang peneroka di Felda Kumai, Bera yang mana telah berpindah ke sana pada 11.08.1986. Pada saat tersebut dan ikhlas perjuangan Gayong, beliau menubuhkan gelanggang silat seni Gayong di Felda Kumai. Kini bukan sahaja di Felda Kumai tetapi selain daripada Daerah Bera, beliau telah menubuhkan gelanggang di sekitar Temerloh, Kuantan, Muadzam dan beberapa […]

, , ,

Jangan tumpu satu jenis sukan

BERA – Masyarakat perlu menyemarakkan semangat kesukanan supaya dapat melahirkan lebih ramai atlet di daerah ini. Pengerusi Majlis Belia Daerah, Safie Yahya berkata, masyarakat khususnya belia mesti mempelbagaikan penglibatan mereka dalam semua jenis sukan, supaya populariti sukan tidak bertumpu pada satu jenis sukan sahaja. Sebagai contoh katanya, sukan bola sepak dan futsal merupakan sukan paling […]

, ,

Penduduk Parlimen Bera berfiesta mulai hari ini

BERA – Fiesta Bera 2010 membuka tirainya hari ini di Padang Majlis Daerah Bera dengan mengumumkan pencarian pakar masak tempoyak ikan patin pada pertandingan memasak Ahad ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Fiesta Bera 2010, Tahzir Husain, pertandingan itu diadakan kerana masakan tersebut sememangnya terkenal dan digemari oleh rakyat negeri ini terutama penduduk Bera. “Hidangan tempoyak […]

,

Tidak puas hati cara kilang gred sawit

FELDA BUKIT KEPAYANG – Beberapa peneroka di sini tidak berpuas hati dengan tindakan pihak kilang sawit yang didakwa menentukan gred buah sesuka hati tanpa mengikut sistem, malah mendakwa mereka memilih bulu. Perkara itu sudah lama dipendam peneroka, namun masing-masing tidak berani menyuarakan apa yang terbuku di hati kerana bimbang dikenakan tindakan oleh pihak Felda. Bagaimanapun, […]

, , ,

Gajah Betina Liar Ditangkap

BERA 3 Jun – Peneroka tanah rancangan Felda Mayam dekat sini lega apabila seekor gajah liar yang sering merosakkan tanaman kelapa sawit dan getah mereka akhirnya berjaya ditangkap, Ahad lalu. Gajah betina itu adalah salah seekor daripada sekawan gajah liar yang ditangkap oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan dipindahkan dari […]

, , ,

Peluang Kedua Anak Peneroka Miliki Rumah

FELDA TRIANG 3 – Felda masih membuka peluang kepada generasi kedua untuk mengisi borang pendaftaran bagi memiliki rumah dalam Program Perumahan Warga Felda (PWF) apabila semasa proses pendaftaran dua hari lalu mendapat bantahan daripada mereka. Timbalan Pengurus Felda Wilayah Mempaga, Amir Hamdan Yusof berkata, peluang ini diberikan kerana tidak mahu generasi kedua ini ketinggalan untuk […]

Related Posts with Thumbnails

, ,