FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…

felda kumai


 Powered by Max Banner Ads 

Ketua Blok @ Felda Kumai

peranan ketua blok Title

Di setiap Felda, saya pasti anda akan terbiasa dengan sistem blok yang diwujudkan untuk urusan pentadbiran dan pembahagian kawasan rumah dan kawasan ladang seperti yang saya kongsikan dalam catatan system blok terdahulu. Setiap Blok, akan mempunyai seorang Ketua Blok yang dipilih sendiri oleh ahli bloknya sebagai perantara antara pihak pentadbiran felda dan juga ahli blok. […]

Air Terjun Bukit Bertangga @ Felda Kumai

RRBB sungai 2

Bukit Bertangga merupakan antara salah satu tarikan utama jika anda datang ke Felda Kumai untuk anda singgah dan berekreasi. Ianya berada pada ketinggian 400 kaki dari paras laut dan merupakan  kawasan hutan lipur yang berada dalam kompartment 72 dan 76 Hutan Simpan Chini  dan seluas 2 hektar dan satu-satunya yang didaftarkan berstatus Hutan Lipur oleh […]

Hutan Simpanan Kekal Chini @ Felda Kumai

HUTAN SIMPANAN CHINI

Felda Kumai terletak bersempadanan dengan kawasan hutan simpan dibahagian timur dan tenggara  dan ramai antara generasinya mungkin tidak mengetahui nama hutan simpan tersebut. Saya masih teringat, semasa kecil ketika kami bermain-main dipinggiran hutan ini, kami akan menemui papan tanda Hutan Simpanan Kekal Chini ditampal terutamanya dilaluan masuk ke Bukit Bertangga yang asal. Laluan asal adalah […]

Blok 13 Felda Kumai

BLOK 13 (2)

Catatan kali ini di feldakumai.com ingin membawakan anda secara lebih dekat untuk mengenali sendiri atau mengenangkan kembali sesuatu di Felda Kumai. Kali ini saya ingin menawarkan kepada mana-mana pembaca feldakumai yang berasal dari felda ini untuk tampil mengisahkan sendiri blok masing-masing. Ini akan membantu rakan generasi yang lain untuk mengenali sendiri blok anda. Bahan-bahannya boleh […]

Online bersama Generasi Felda Kumai…

Kumai terbaik

Jika anda ingin online bersama generasi Felda Kumai, terdapat 6 Laman Facebook yang menghimpunkan generasi kami : Felda Kumai @ Facebook ..klik dan juga : Generasi Felda Kumai .. Klik dan juga; Batch tahun 1979 .. Klik dan juga; Batch tahun 1980 .. klik  dan juga Generasi Blok 13 … Klik dan juga Majlis Belia […]

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kumai

sk lktp kumai

Seperti Felda yang lain di seluruh Malaysia, Felda Kumai juga memiliki sekolah kebangsaannya sendiri dan jasanya kepada semua generasi Felda Kumai tidak terbilang dan terhitung terutamanya bilamana kita mengimbas kembali jasa dan pengorbanan guru-gurunya yang turut sama berkampung di sini demi tugas dan amanah yang diberikan…  Memetik dari laman mrkumai.blogspot.com yang pernah membuat catatan bersempena […]

Jalan Raya @ Kumai

Koleksi Karbonkopie,blogspot.com. Katanya jalan masuk ke Lepar Utara

Jalan raya di Felda Kumai kini cukup cantik. Cukup selesa dengan lapisan tar yang memberikan perjalanan dan pemanduan yang cukup lancar baik menunggang motorsikal ataupun kereta. Setiap jalan samada jalan utama ataupun jalan mati telah diturap dengan kemasan tar sepenuhnya sejak 1989. Namun ceritanya tidaklah seindah sekarang jika saya mengundurkan sedikit suasana sebelum jalan raya […]

Pertunjukan Pentas…..

pentas lama

Dah bercerita mengenai wayang pacak, saya amat pasti, tidak ramai generasi selepas tahun 1990 an mengetahui bahawa ketika awal pembukaan Felda, selain wayang pacak, pihak unit penerangan felda turut membawa hiburan pentas di setiap felda. Cuma jaraknya mungkin sekadar 2 tahun sekali. Yang menariknya, pentas hiburan ini membawakan artis-artis yang terkenal ketika itu bukan sekadar […]

Nostalgia Wayang Pacak @ Felda Kumai

wpid-wayang_2bpacak_2b21

Bila mengenang kembali sejarah lama di Felda antara yang pantas hadir difikiran saya adalah wayang pacak. Mungkin bagi generasi yang lahir pada tahun 1990 an tidak akan dapat mengimbau kembali kenangan menonton wayang pacak kerana sudah tidak diadakan lagi selepas zaman tersebut kerana bekalan elektrik yang tetap telah diperolehi. Sama di Felda yang lain, seawal […]

Bolasepak @ Felda Kumai

Bola @ Kumai (36)

Kisah mengenai Felda Kumai yang ingin saya imbau seterusnya adalah mengenai bolasepak. Apa yang hebatnya untuk diceritakan mengenai bolasepak? Sana sini semuanya bermain bolasepak. Sebenarnya tiadalah hebat sangat. Cuma sesekali mengimbau bertapa meriahnya aktiviti bermain bolasepak di Felda Kumai suatu ketika dahulu. Mungkin saya hanya mampu untuk mengenangkan kembali sekitar tahun 1985 ke atas. Ketika […]

Penerokawati …

penerokawati

Jika kisah sebelum ini kita kongsikan mengenai PENEROKA yakni golongan bapa, tidak akan lengkap dan tidak akan adil jika kita tidak meneruskan pula dengan kisah ketabahan seorang wanita yang bergelar Penerokawati. Ibarat pelengkap kepada irama dan lagu, maka begitulah kepada peranan penerokawati ini kepada kehidupan sebuah keluarga. Cuma saya agak  keliru dengan definisi penerokawati kerana […]

,

Peneroka

peneroka

Hari ini agak istimewa, kerana saya telah menemui 3 keping gambar yang amat klasik bagi warga felda sumbangan Pak Abu dari laman Facebook Alumni Asrama Felda. Gambar-gambar lama ini amat berharga dan saya kira antara yang terbaik saya temui setakat ini. Dan kisahnya akan saya cuba untuk coretkan di sini. Peneroka Felda adalah terdiri daripada […]

Felda Kumai… menjadi peneroka

gambar rumah arwah jiran.. Pok Mat... blok 13

Menjadi peneroka… Bagi generasi kedua yang berusia sebaya dengan saya, mungkin tidak akan dapat mengingati dengan jelas bagaimana saat awal memasuki tanah rancangan Felda. Detik ini sebenarnya amat penting dan istimewa malah merupakan langkahan besar yang dilakukan oleh ayah dan mak yang telah mengubah kehidupan kita pada hari ini.  Mungkin bagi yang lebih tua dari […]

Felda Kumai… sistem blok

row call

Bila ditempatkan di Felda, peneroka akan dibahagikan kepada sistem blok merangkumi kawasan penempatan dan juga ladang sehingga diberikan ladang secara individu. Namun bagi soal pentadbiran, setiap blok akan dilantik seorang Ketua Blok sebagai wakil antara ahli blok dan juga pihak pentadbiran Felda. Sistem Blok diperkenalkan di mana sebuah blok dianggotai sekitar 20-25 buah keluarga. Sistem […]

Felda Kumai ..awal pembukaan siri 2

Felda Kumai View- blog10

Saya menyambung sedikit catatan mengenai awal pembukaan Felda Kumai berdasarkan pengalaman saya. Ada di antara fakta di bawah ini yang telah saya kongsikan di siri yang pertama. Sebenarnya, saya menulis catatan ini awal bulan yang lalu secara berkala setiap kali teringatkan kisah lama di Felda Kumai. Saya percaya anda juga mempunyai kisah-kisah kecil yang mungkin […]

Related Posts with Thumbnails

‹ Previous Posts