Kelapa Sawit
Felda Kumai merupakan tanah rancangan yang mengusahakan tanaman tunggal iaitu Kelapa sawit. Semua Felda di Gugusan Bera mengusahakan tanaman tunggal ini kecuali dengan Triang 3 yang mengusahakan tanaman.
Jadi, saya percaya, tidaklah menjadi sesuatu yang amat luar biasa kepada generasi mudanya mengenai tanaman ini malah saya percaya, hampir semuanya pernah membantu ibu bapa masing-masing di ladang atau kebun kelapa sawit yang telah diagihkan.
Terkenang-kenang pula ketika waktu kecil, setiap kali hari memotong buah boleh diibaratkan pesta kecil di mana kami adik beradik berbondong-bondong menaiki motor untuk ke ladang. Kerjanya membantu ayah dan mak mengutip buah relai serta mengalihkan pelepah. Saya percaya, ramai yang pernah mengalami sendiri pengalaman ini.
Namun saya percaya tidak ramai di kalangan yang ramai yang biasa membantu ini tahu mengenai kelapa sawit secara terperinci.
Jom kita kongsikan maklumat tanaman ini agar kita dapat memahami mengenainya yang merupakan rezeki utama kepada keluarga kita yang telah banyak berjasa.
Nama Tempatan : Kelapa Sawit
Nama saintifik : Elaies guineesis
Asal tanaman : Afrika Barat
Jenis tanaman : Monikotileden
Varieti pokok popular : Tenera –kacukan antara variety Dura dan Pesifera. Varieti Dura mempunyai isi yang tebal tetapi saiz yang kecil manakala pesifera mempunyai saiz isirong yang tebal tetapi bersaiz besar. Gabungan kedua-dua variety ini menghasilkan buah yang berisi tebal dan bertempurung kecil.
Sejarah Kelapa sawit : Di bawa ke Malaysia pada tahun 1990 an sebagai tanaman hiasan dari Taman Botani Singapura.
Pokok Kelapa sawit pertama : Di tanam di Rantau Panjang, Batang Berjuntai pada tahun awal 1900 an dan mula dikormesial pada tahun 1917 di Ladang Tenamaran, Kuala Selangor (berdekatan dengan UNISEL).
Sistem Tanaman : Tunggal tanpa perlu tanaman selingan.
Usia anak benih di nurseri : 10-13 bulan di tapak semaian bergantung saiz yang sesuai.
Usia tanaman matang : 24 hingga 30 bulan selepas dipindahkan mengikut kualiti penjagaan
Usia produktif tanaman : 23 – 25 tahun serta ke atas mengikut hasil dan daya ekonomi
Jarak tanaman ideal : Secara segitiga berjarak 29 kaki – 30 kaki
Jumlah pokok sehektar : Purata antara 135-148 pokok mengikut muka bumi
Jumlah pokok se ekar : Purata 60-66 pokok seeker mengikut muka bumi
Kadar produktiviti hasil : Mampu menghasilkan sehinga 28 hingga 30 mt buah tandan segar setiap tahun per hektar mengikut kualiti penjagaan, cuaca dan kesuburan jenis tanah.
Pusingan Memotong buah yang sesuai: 12 -16 hari jarak pusingan selepas tuaian sebelumnya.
Maklumat di atas adalah antara ringkasan mengenai tanaman ini untuk mudah difahami. Anda boleh mencari maklumat tambahan yang boleh anda perolehi di laman-laman web yang lain.
Saya sendiri pernah berkongsikan pengalaman dalam pengurusan ladang kelapa sawit di mrkumai.blogspot.com. Klik
Tidak salah rasanya bila sudah diatas, kita menjengok seketika dibawah ini sebagai muhasabah diri…

‹ Ketua Blok @ Felda Kumai Felda Kumai di media massa ›
NEED IT WORK.
GOT HARD WORKERS.