FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Penternakan Lembu Pedaging

Posting saya kali ini ialah mengenai penternakan lembu pedaging. Penternakan lembu pedaging bagi saya ialah salah satu sumber pendapatan untuk peneroka-peneroka Felda Kumai dan juga peneroka seluruh Malaysia selain dari pendapatan utama dari kelapa sawit atau getah. Tetapi ramai yang masih tidak mengetahui potensi lembu daging ini dipasaran. Tahukah kita bahawa Malaysia sekarang masih mengimport hampir 90% keperluan daging negara, maknanya hanya 10% sahaja lembu tempatan berada dipasaran. So, industri lembu pedaging adalah suatu industri yang cukup besar sebenarnya di Malaysia. Dan Malaysia mensasarkan pasaran dari dalam negara seharusnya meningkat hingga ke 60% untuk mengurangkan kebergantungan kepada lembu2 import.

Harga pasaran di Malaysia bagi seekor lembu kampung atau baka KK ialah sekitar RM1,200 – RM1,800 bagi lembu jantan dan RM600 – RM1,200 bagi lembu betina bergantung kepada saiz. Ada sesetengah peneroka di Felda Kumai sendiri mempunyai lebih dari 100 ekor lembu. Bayangkan berapakah nilai asset lembu yang kita ada jika kita mempunyai 100 ekor lembu?  Dan bukan peneroka sahaja yang menternak lembu sekarang ni, anak2 peneroka atau generasi kedua pun sudah ada yang mengikut jejak langkah mereka.

Atas dasar untuk meningkatkan sumber dalam negara, Kerajaan telah memberi banyak bantuan kepada penternak2 lembu di Malaysia. Felda tidak terlepas dari tanggungjawab mereka telah banyak memberikan bantuan berupa kewangan kepada peneroka untuk menjadikan Felda Gedung Makanan Negara.

Ok, untuk posting kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit ilmu2 penternakan lembu pedaging yang saya ambil dari website Jabatan Haiwan dan sedikit ilmu yang saya ada.

BAKA LEMBU PEDAGING

Baka-baka yang berpotensi untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :

Kacukan Komersial dari Australia
Kacukan Friesian Sahiwal
Droughtmaster
Kacukan Pedaging KK2
Kedah Kelantan – ini merupakan baka yang banyak diternak di Felda
Brahman
Local Indian Dairy

Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah:

Kedah Kelantan (K-K)
Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
Local Indian Dairy (LID)
Droughtmaster
Brahman.

Selain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di antaranya ialah:

Hereford
Angus
Charolais
Shorthorn (Bukan flowerhorn ye)
Simmental
Limousin (limousin tu, diberi nama limousin kerana berbadan panjang ;)

Pengurusan

Ada 4 cara pengurusan yang boleh dilakukan untuk pembiakan lembu daging:

Cara meragut lepas bebas
Lembu-lembu dibiarkan bebas meragut di kawasan rumput, sama ada di kawasan sendiri atau bukan. Ini termasuklah meragut di tepi-tepi jalan. (Ini yang banyak di buat di Felda)
Cara ini kurang baik kerana;

  • selalu merosakkan tanaman orang lain
  • kemungkinan dilanggar kereta atau luka oleh kemalangan
  • makanan hanya bergantung kepada rumput di kawasan ragutan yang kemungkinan tidak memadai

perhatian sukar diberikan kepada setiap ekor lembu yang dipelihara.

Untuk mnegtahu hadis mengenai kerosakan tanaman yang disebabkan haiwan boleh dibaca di sini.

Cara Berkurung atau Fidlot
Dengan cara ini lembu-lembu pembiak sentiasa berada di dalam kandang, dengan mendapat makanan bermutu secukupnya, air yang bersih pada setiap masa dan garam secukupnya. Makanan yang diberikan sama ada rumput atau dedak atau campuran kedua-duanya diberikan pada kadar berat kering 3 – 5% dari berat badan lembu setiap hari. Biasanya, rumput potong diberikan pada sebelah pagi dan dedak diberikan pada sebelah petang. Ruangan lantai yang diperlukan ialah kira-kira 30 kaki persegi bagi setiap ekor ternakan. Usaha yang lebih adalah diperlukan bagi mencuci kandang dan menjaga kebersihan persekitaran.

Ternak secara Fidlot

Cara Separa Intensif
Cara ini lebih sempurna dan praktikal di negara ini. Lembu yang dipelihara dibenarkan bebas meragut sama ada di kawasan rumput yang berpagar atau di kawasan ragutan awam dalam tempoh masa yang dihadkan. Lembu-lembu dihalau balik ke kandang untuk makanan tambahan dan berteduh di sebelah malam. Ini bermakna penternak perlu menyediakan kandang malam dan kawasan meragut yang mencukupi.

Cara Integrasi Dengan Tanaman Utama
Di negara kita kawasan yang bertanam dengan tanaman utama seperti kelapa sawit, getah, kelapa dan dusun adalah sangat luas. Di bawah tanaman ini biasanya terdapat banyak rumput-rumpai yang subur. Pada kebiasaannya, racuri rumpai digunakan bagi mengawal tanaman itu. Integrasi dengan ternakan akan menjimatkan wang untuk merumpai di samping mengurangkan kos pembajaan ladang. Dengan ragutan berkawal, satu hektar ladang kelapa sawit dapat menampung seekor ternakan dewasa.

Ok, itu adalah basic yang boleh saya ceritakan untuk posting kali ini. Maybe pada posting akan datang saya akan sharekan lebih detail lagi mengenai penternakan lembu pedaging ini. Antara yang kita perlu tahu lagi ialah mengenai pemilihan kawasan ragut, penjagaan dan juga marketing. Jika anda mempunyai informasi mengenai lembu pedaging jangan segan2 nak share kat ruangan komen.

Related Posts with Thumbnails

, ,

21 thoughts on “Penternakan Lembu Pedaging

  • Neli Sam says:

    As’kum Puan

    Saya amat berminat dengan perniagaan lembu hidup ni. Buat masa sekarang saya masih di dalam proses mengenal secara lebih dalam potensi perniagaan ini.

    Saya harap puan dapat menghubungi saya di email yang tersebut di atas untuk berbincang secara lebih lanjut.

    Sekian, wasallam.

    Neli Sam

  • syaharim says:

    Salam, saya berminat untuk membuat pinjaman lembu dari Jabatan Haiwan,dan ingin meminta bantuan / guide tuan untuk membuat kertas kerja. Terima kasih.

  • syaharim says:

    Salam, saya dalam proses untuk meminjam lembu dalam 100 ekor dari Jabatan Haiwan. Minta tuan guide untuk buat kertas kerja. Terima kasih.

  • roy says:

    saua roy dari jb,,…sekarang kita ada buyer dalam satu malaysia siapa berminat hantar kandang kita mail kita kelvin381roy@gmail.com

  • ismadi says:

    Assalamualaikum,tuan or puan, boleh tak saya memperolehi bimbingan kertas kerja untuk projek lembu fidlot dan bebas,saya dan keluarga mempunyai lembu lebih kurang 60 ekor, kami akan sedang menyiapkan pagar seluas 20 ekar,dan hampir siap, kami memerlukan modal, untuk membuat jambatan,bangsal lembu,relung atau tempat lembu mendapat rawatan dan memperolehi baka lembu yg lebih baik.

  • salasiah sulaiman says:

    berminat untuk mendapatkan khidmat Pn Zalina mengenai kertas kerja Cara Berkurung atau Fidlot atau juga Cara Separa Intensif,untuk maklumat Pn , adikk saya di felda trolak timur perak ada memelihara lembu sebanyak 54 ekor tetapi penternakkan secara bebas di mana kami menghadapi masalah-masalah seperti yang Pn sebutkan diatas. saya amat perlukan nasihat dari puan untuk pengurusan yang lebih efective.
    terima kasih.
    email saya : sal2makkah@yahoo.com
    atau tel :0193578477

  • salasiah sulaiman says:

    berminat untuk mendapatkan khidmat Pn Zalina mengenai kertas kerja Cara Berkurung atau Fidlot atau juga Cara Separa Intensif,untuk maklumat Pn , adikk saya di felda trolak timur perak ada memelihara lembu sebanyak 54 ekor teapi penternakkan secara bebas di mana kami menghadapi masalah-masalah seperti yang Pn sebutkan diatas. saya amat perlukan nasihat dari puan untuk pengurusan yang lebih efective.
    terima kasih.
    email saya : sal2makkah@yahoo.com
    atau tel :0193578477

  • jihan says:

    Assalmualaikum cik Zalina, sy tringin ingin mengusahakn penternakan lembu ni. Sy harap cik boleh dptkn sy kertas kerja untuk projek sebegini…

  • mohd nizam says:

    salam , cik zalina sy berminat nak buat penternakan lembu fitlot ini boleh tlg sy dapatkan kertas kerja tersebut ??

  • nirmaz says:

    salam cik zalina
    mcmne sya nak dpatkan cth kertas krja lmbu tu?

  • ameen maamor says:

    membekal makanan lembu daging/susu.secara borong dan runcit.berminat sila email untuk mendapatkan sample makanan.terima kasih.

  • Azahari says:

    Salam, CIk ZAlina, boleh saya dapatkan kertas kerja ini. tq

  • salam sejahtera,
    Sesiapa yang berminat untuk menjalani kenduri kahwin,jamuan,aqiqah,peliharaan dan ibadah Qurban untuk tahun 2012 (26 Oct 2012). Sila hubungi saya segera untuk tempahan. Ladang kami terletak di lot 1912,teluk kemang 71050 port dikson,negeri sembilan.
    Tel No 013-2376662.
    10q.

  • muhamad says:

    kak zalina..saya baru nak mula berjinak2 dalam bidang ni. umur baru 25. bermurah hati boleh bagi contact no. saya memerlukan kertas kerja lembu kalau akak tidak keberatan untuk memberi. terima kasih =)

  • zwan says:

    hi zalina..
    sy berminat nk dpt kn kertas kerja lembu

  • hanafi says:

    Sy bermnt mndpt kn kertas kerja penternakan lembu boleh?

  • pasiah says:

    Salam,
    Sesiapa yang berminat untuk menjalani ibadah Qurban untuk tahun 2012 (26 Oct 2012). Sila hubungi saya segera untuk tempahan. Ladang kami terletak di kampung Kuala Nau Kulim Kedah.
    Tel No 012-4101737

  • zalina says:

    sesiapa yang berminat nak dapatkan kertas kerja lembu boleh berhubung dengan saya.

  • sahid osman says:

    salam saudara,
    mmg sye akui peneroka disebelah pahang mmg rajin membuat kerja sampingan seperti menternak lembu.sye salah seorang dr peniaga dgg lembu/lembu hidup.kalu boleh tolong berikan sye nama dan fon number
    beberapa org penternak lembu di felda kumai.bercadang utk menambah supplier sbb sye dah pernah membeli lembu di felda mayam.
    terus hbgi ke :

    sahid 012-9310701

  • is says:

    saya suka cara lembu diternak di Malaysia kerana lembu-lembu diberikan ruang yang cukup untuk merayau, dan sekiranya diternak secara fidlot, lembu-lembu juga diberikan rumput potong dan bukannya dedak semata-mata. Situasi ini sangat berbeza dengan cara lembu diternak di negara pengeksport lembu seperti Amerika Syarikat, di mana lembu-lembu diternak dalam suasana yang menyamai Concentration Camps Nazi. Nak makan pun tak lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>