FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Nasihat kepada pengguna jalan raya

Sempena musim cuti sekolah yang tinggal beberapa hari lagi dan cuti musim perayaan ni, saya nak share sedikit tips keselamatan jalan raya buat pengguna-pengguna jalan raya terutamanya warga Felda Kumai yang saya sayangi. Sebenarnya tips yang saya nak share ni dah biasa kita dengar sebelum ni. Dalam tv, radio, surat khabar dan dari internet sendiri.

Tips pertama, anda perlu Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Jika mengantuk tu kalau boleh tidur dulu. Dah hilang mengantuk baru mulakan perjalanan. Maklumlah perasaan nak balik ke kampung tu meluap-luap. Kadang-kadang kita lupa yang kita ni tak cukup tidur.

Sebelum memulakan perjalanan, ingatlah penumpang supaya memakai talipinggang hadapan dan juga belakang. Biasanya kita driver je pakai. Kita lupa nak ingatkan orang lain. Bermula dari hari ini sentiasalah ingatkan penumpang lain untuk memakai tali pinggang keledar. Jom layan video proton ni mengenai tali pinggan belakang.

Pakailah topi keledar untuk pengguna motosikal, tidak kira berapa dekat perjalanan anda – ia mungkin menyelamatkan nyawa anda.

Tips yang seterusnya ni biasa kita dengar iaitu Sentiasa patuhi had laju yang ditetapkan. Musim perayaan ni, kereta banyak di jalan raya dan jika semua mematuhi had laju yag ditetapkan insyaallah dapat mengelakkan kemalangan yang serius.

Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pergerakan yang boleh membahayakan seperti petukaran lorong.

Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki

Jangan mengikut kenderaan hadapan terlalu rapat kerana ini sering menjadi punca kemalangan serius. Ingat masa kita belajar dulu, cikgu driving school ada ajar kita mengenai “4 second rules”.

Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak. Kadang-kadang kita kena percaya kepada gerak hati. Jika teragak-agak tu jangan ambil risiko.

Kemalangan seperti ini dapat di elakkan jika kita sentiasa berhati hati di jalan raya.

Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan laluan kecemasan kerana ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna. Kalau orang buat kat kita sure kita marahkan? So, janganlah kita menimbulkan kemarahan kepada orang lain juga.

Elakkan daripada mencelah-celah antara kenderaan kerana ia boleh membahayakan keselamatan anda dan juga orang lain.

Dan paling penting sekali anda seharusnya Menanamkan sikap berhati-hati dan menganggap “Risiko” sentiasa ada di atas jalan raya setiap masa.

Pengguna jalan raya hendaklah mematuhi “Cadangan Waktu Perjalanan” (Travel Time Advisory). Pengguna-pengguna akan diberi maklumat atau jadual yang sesuai untuk membuat perjalanan semasa musim perayaan. Biasanya ia akan diumumkan di dalam akhbar harian sebelum cuti ataupun anda boleh dapatkan di laman web penyedia perkhidmatan jalan raya sendiri. Cthnya kepada pengguna plus anda boleh ke laman web PLUS. Anda juga boleh mendapatkan info melalui radio dan televisyen.

Ucapan dari saya semoga anda sampai ke tempat yang di tuju dengan selamat.

Related Posts with Thumbnails

, ,

2 thoughts on “Nasihat kepada pengguna jalan raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>