FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Perancangan Beli Rumah

Buat Warga Felda Kumai yang baru nak merancang untuk membeli rumah, saya kongsikan satu artikle mengenai perancangan membeli rumah. Anda boleh membaca artikle asal di sini.

Kalau nak beli rumah kena rancang dulu barulah puas hati. Maklumlah harga rumah bukannya murah. Secara asasnya kalau nak beli rumah kenalah tahu jenis rumah yang hendak dibeli. Ada yang minat jenis ada tanah seperti rumah banglo, semi D atau yang budget sikit rumah teres. Sejenis lagi rumah yang tak bertanah seperti flet, pangsapuri atau kondominium.

Jenis rumah yang hendak dibeli kena di titikberatkan juga sebab benda-benda berkaitan seperti insuran, tahap keselamatan, cukai tanah, maintenance dan seangkatan dengannya memainkan peranan penting juga.

Kalau dah buat keputusan jenis rumah yang berkenan dihati , kena pikir pula tahap kemampuan kita. Bila dah beli rumah confirm every month kena bayar loan. Jadi nilai dulu kemampuan kewangan anda, janganlah pulak nanti rumah dah cantik tapi nak makan pula terpaksa ikat perut. Perincikan setiap pendapatan dan perbelanjaan bulanan supaya pembelian rumah nanti tidak pula membebankan, dapatkan sumber pinjaman dari bank yang memberikan “deal” yang terbaik.

Beli rumah ni sebenarnya berisiko, antaranya rumah tak siap-siap. Jadi kita kena tanya diri kita ni jenis yang suka amik risiko atau tidak. kalau jenis yang tak kisah amik risiko belilah rumah yang belum dibina atau dalam proses nak dibina, rumah jenis ni ada risiko pemaju lari dah rumah korang terbengkalai, hahaha. Kalau nak selamat beli rumah yang dah siap dan dah ada CFO. Ataupun beli rumah lelong macam rumah yang saya beli di Paka ni.

Lagi satu beli rumah ni adalah pelaburan, so kena decide untuk pelaburan jangka panjang atau jangka pendek. Kenapa penting ? yerla rumah ada yang dibina dibahagikan kepada 3 jenis tanah atau pemilikan. Pegagan bebas (selama-lamanya hak kita), pajakan (biasanya 99 tahun macam rumah peneroka Felda) dan rizab bumiputera (boleh pindah milik kat bumiputera jer macam rumah saya di Paka ni). Biasa yang paling mahal tentulah jenis pegangan bebas.

Bila ada dalam fikiran nak beli rumah, kenalah belajar sedikit sebanyak tentang term & condition kontrak atau Surat Penjajian Jual Beli (S&P). Elok minta nasihat rakan, keluarga yang dah pernah beli rumah, rujuk contoh S&P diaorang . Kalau dah faham sikit-sikit senang bila ada perkara berbangkit dan mengelakkan kena tipu, dunia sekarang macam-macam penipuan berlaku.

Kalau dah mempersiapkan diri dengan perkara atas diatas bolehlah dengan penuh keyakinan beli rumah. Selamat membeli.

Related Posts with Thumbnails

,

3 thoughts on “Perancangan Beli Rumah

  • zam puncak says:

    …yes aku setuju dengan saudara berdua ni…beli rumah sesuatu yang menguntungkan..aku pun buat invest kat rumah gak…semua orang tolong bayarkan.

  • Fariz Kamis says:

    wow.. ade broker rumah rupenye warga Kumai ni.. next year aku cari ko Lan.. hehe.. murah2 dah la.. harga kawan2

  • MAZLAN says:

    Betul cakap fariz tu……kalau nak tau aku pun dah ada 3 biji rumah kat KL NI…Klau korang nak rumah kat sini bagitau je aku …..macam mana rumah yang korang berkenan dan mestilah sesuai dengan budgetnya….sebab aku ade buat bisness jual beli rumah ni dengan bos aku……jangan malu3 k…sebab rumah tak akan jatuh harga…..biarlah simpan untuk anak2 sebab tak lama lagi tanah dan rumah di malaysia ni akan jadi mahal macam CHINA dan JEPUN…..SO KALAU ADE JUST CALL ATAU e-mail je………0126729014……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>