Skim Rumah Pertamaku (SRP)
Kepada yang sedang merancang membeli rumah pertama, anda boleh la membelinye sekarang. Tidak perlu cukup deposit dah boleh beli. Pinjaman 100%. Kerajaan baru sahaja melancarkan Skim Rumah Pertamaku (SRP). Dulu SRP singkatan untuk Sjil Rendah Pelajaran, kali ni untuk membeli rumah pulak.
Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.
Kepda yang nak tau lebih lanjut boleh ke laman web SRP. http://www.srp.com.my
p/s: Tapi ingat! beli ikut kemampuan kita. Nanti beli rumah tapi tak mampu nak bayar bulan, susah jadinya.

‹ Tandan kelapa sawit hasil tenaga elektrik Isa Jejas Felda Atau Tidak? ›
nama da berutang kherul oi…
dengarnya syarat ketat jg….buat graduan yg tak settle PTPTN payoh sket huhuhuhuhuhu….