FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

[Tips] Beli barang online

Kita sudah pun dihujung bulan Syaaban. Dah nak masuk Ramadhan dan kemudian Syawal. Syawal tu bulan raya la kan.. Persiapan raya ni ramai la yang nak shopping baju raya, kuih raya, dan yang juga kereta raya. Ada yang suka bersesak2 kat pasaraya dan ada jugak yang tak suka. Lebih suka beli online katanya.

Kalau kita perhatikan trend membeli orang zaman sekarang, ramai yang dah suka membeli secara online. Cuba anda semua tengok kat Facebook. Berlambak iklan2 jual barang. Jual jersi la, jual tudung la, jual prepaid la, jual susu la dan ada jugak yang jual kereta. Musim nak dekat raya ni, kuih raya dan baju raya jugak tidak ketinggalan diniagakan di internet.

Kepada yang suka membeli secara online, saya berikan sedikit tips2 yang boleh kita jadikan panduan untuk kita membeli online.

  1. Periksa dahulu keaslian website yang kita nak berbelanja tu. Periksa adakah penjual tersebut meletakkan contact info seperti nombor telefon, YM, alamat atau memiliki account di laman web sosial seperti facebook. Jika website tersebut tiada info sebegini baik tak payah beli kat situ. Ok, kalau ada nombor telefon, anda boleh try call nombor tersebut. Ada sesetengah meletakkan nombor yang tipu. Ada juga yang membuka akaun Facebook palsu untuk mengaburi orang ramai.
  2. Jangan mudah memberikan data-data pribadi seperti nombor akaun, pin kad ATM ataupun maklumat pribadi kepada penjual. Biasanya maklumat peribadi ini jarang digunakan dalam jual beli secara online.
  3. Cari, baca dan faham betul2 mengenai term and condition. Maklumat seperti ini berguna apabila barang yang kita terima tidak sesuai atau rosak.
  4. Periksalah harga yang tertera pada barang, kita patut curiga apabila barang yang sama memiliki harga yang jauh rendah atau tinggi dengan yang ada di kedai.
  5. Jangan menggunakan password yang sama ketika bertransaksi online kerana sangat berisiko kepada pencuri2 password.
  6. Mintak dan simpan bukti transaksi pembelian online yang kita buat. Bukti seperti resit dan transaksi pembayaran online yang anda buat.
  7. Lebih baik melakukan pembayaran online jika kita memiliki account paypal. Kerana pembayaran melalui paypal akan lebih terjamin keselamatannya daripada menggunakan kad kredit.
  8. Jika tidak memiliki account paypal dan terpaksa enggunakan kad kredit, periksa adakah URL website tersebut memiliki tanda mangga atau secure. Biasanya URL website seperti in akan automatik berubah dari http menjadi https ketika akan melakukan transaksi.

Sekian sahaja tips dari saya untuk kali ini.. kepada yang nak tambah, boleh masukkan komen.. Selamat berbelanja.

Related Posts with Thumbnails

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>