FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

[Tips] Download video youtube

Hari ni saya nak share kepada semua cara-cara untuk mendownload video youtube? Sebelum ni saya sebenarnya tak tau dan tak pernah pun nak download video dari youtube ni. Biasanye tengok kat youtube terus je. Tapi oleh kerana anak saya suka sangat video Alif Ba Ta ni, daripada saya bukak dari youtube setiap kali dia nak tengok, baik saya download je..

So, saya pun try la search kat internet ni cara-cara nak download video ni. Kalau anda nak tengok artikel asal boleh klik sini.

Berikut adalah cara-cara yang boleh anda ikuti:

Download Video dari Komputer

1. Real Player Gold

Untuk mendownload Video Youtube secara terus melalui komputer (connection dengan internet perlu ada), anda memerlukan program Real Player Gold. Jika anda memiliki program tersebut di komputer anda, apa-apa video yang mempunyai format flash dalam laman web apa pun, cukup menggunakan klik kanan tetikus diatas video yang anda ingin download dan pilih “Download Video”

2. Easy YouTube Video Downloader

Jika Anda menggunakan browser Firefox, anda boleh install satu plugin Easy YouTube Video Downloader yang akan memudahkan anda apabila menlayari youtube atau apa-apa laman video. Anda hanya perlu klik kanan tetikus saja untuk mendownload.

Download Video dari Video Downloader

1. Downloader9

Laman web video downloader ini merupakan laman yang cukup mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu copy dan paste URL Video dari Youtube, Metacafe, DailyMotion, dll dan seterusnya mendownload videonya. Jangan lupa, anda juga perlu meletakkan extension name pada video yang di download .FLV ketika ingin mendownload video, supaya video tersebut boleh dimainkan pada FLV Player Anda.

2. KeepVid

Lebih kurang sama dengan laman web Downloader9. Laman web ini juga boleh membantu anda mendownload pelbagai video dari beberapa laman web video. KeepVid juga membantu anda menukarkan file berformat FLV atau MP4.

3. Vixy

Vixy juga lebih kurang sama seperti keepvid membantu anda mendownload video dan menukarkan ke format AVI, MOV, MP4, dan 3GP. Iklan juga banyak di laman web ini.

4. VideoGetting

Laman web ini percuma dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada anda untuk menukarkan format video lain kepada WMV, MP3, MP4, MOV, 3GP, AVI, MPG, dll. Walaupun mempunyai pelbagai fungsi yang memudahkan pekerjaan anda iklan-iklan pop-upnya cukup membuatkan anda tidak selesa.

5. VideoDownloadX

Laman ini juga bagus tetapi iklannya yang cukup banyak boleh memningkan kepala..adei!. Jangan pula kelam kabut sekiranya terklik iklan di sana ketika ingin download atau ingin melakukan rename terhadap video anda.

6. SaveTube

Ini merupakan laman web video downloader yang cukup simple. Hanya copy paste dan download. Siap!

Selamat mendownload video dari youtube. Enjoy!

Related Posts with Thumbnails

6 thoughts on “[Tips] Download video youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>