FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

[Tips] Facebook Email

Sekarang semua pengguna dapat menggunakan alamat email  @facebook.com untuk menghantar dan menerima mesej. Ia merupakan satu peti masuk sosial dimana tumpuan hanya pada mesej sebenar itu sendiri dan juga penghantar. Tidak ada unsur e-mel biasa seperti subjek, cc dan bcc seperti yang terdapat pada perkhidmatan e-mel popular seperti Gmail, Yahoo Mail dan Live Hotmail. Anda juga boleh mengawal siapa yang boleh menghantar mesej di alamat emel anda@facebook.com.

Bagaimana nak dapatkan @facebook.com email ID?

1. Oleh kerana ini merupakan aplikasi terbaru, untuk mendapatkan akses awal anda boleh memohon untuk dapatkan email untuk akaun facebook anda. Masuk ke akaun Facebook dan klik di sini untuk membuka laman web permintaan. Kemudian klik butang Invite di sebelah kanan bawah.


2. Selepas invitation anda diluluskan, pergi ke message dalam akaun Facebook anda untuk mengaktivatekan email ID anda yang baru.

3. Kemudian pilih username untuk e-mel untuk anda. Jika anda sudah mempunyai username seperti facebook.com/namaanda, maka email facebook anda akan ditetepkan pada namaanda@facebook.com. Jika anda tidak mempunyai username unik yang diberikan ke akaun Facebook, maka anda perlu dapatkan username facebook anda dan kemudian ulangi langkah di atas.

Setelah e-mel anda telah di setup, anda boleh berkongsi ID e-mel dengan rakan-rakan anda. Semua mesej e-mel dari rakan-rakan akan masuk di bahagian mesej akaun facebok anda.

Facebook Email: Perkara yang anda perlu tahu

  1. Facebook emel tidak seperti email-email tradisional yang lain. Ia tidak akan mengandungi tajuk emel atau subjek. Ianya ibarat menghantar message biasa kepada rakan anda.
  2. Mesej tidak dikumpulkan berdasarkan tarikh atau baris subjek (kerana tiada baris subjek). Semua mesej dikumpulkan berdasarkan nama penghantar.
  3. Anda boleh menetapkan dasar privasi yang ketat pada yang boleh menghantar mesej pada emel ID anda. Mesej dari pengguna disekat secara automatik ke folder spam. Anda juga boleh memindahkan mesej dari spam ke folder utama jika mesej secara tidak sengaja masuk ke folder spam.
  4. Ini adalah bentuk yang lebih sederhana dari perkhidmatan e-mel di mana tumpuan adalah pada kemudahan komunikasi teks penghantar daripada isi kandungan mesej itu sendiri.

SUMBER: Facebook Email Dari On9info.com

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>