FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Air Oh Air

Nampaknya masalah air di Felda Kumai makin kritikal. Sehari sebelum hari raya seluruh penduduk Felda Kumai keputusan bekalan air bersih dari JBA. Air juga menjadi topik perbualan utama semasa hari raya di Felda Kumai selain isu pembunuhan Sosilawati pengasas Nouvell Visage. Nasib baik saya tidak beraya di Felda Kumai tahun ini.. hehe

Semalam di Sinar Harian edisi Pahang disiarkan berita mengenai masalah air di Felda Kumai, Purun dan Mayam. Antara yang memberikan komen ialah Timbalan Pengerusi JKKR, Abu Rasu.

“Sehingga ke hari ini (14/9), peneroka di Blok 12, 13, 18 dan 19 masih belum menerima sambungan bekalan air tetapi pihak JBA membantu dengan menghantar bekalan air bersih” Abu Rasu.

“Apabila bekalan air terputus, saya nekad meninggalkan rumah untuk meraikan Aidilfitri di rumah anak saya. Setiap tahun, kami anak-beranak terpaksa menanggung penderitaan ini yang tidak pernah selesai” itulah luahan dari Encik Baiduri Fakir.

Sebenarnya air yang dibekalkan oleh JBA masih tidak mencukupi walaupun JBA mengumumkan sebelum aidilfitri bahawa bekalan air mencukupi untuk perayaan aidilfitri. Semasa saya beraya di Blok 19 dua hari lepas ada yang bercerita kepada saya, lori JBA hanya dapat bekalkan air hanya kepada beberapa rumah sahaja. Tangki air yang dibekalkan pula bocor dan tidak dapat menampung air yang dibekalkan.

Ada yang bependapat pihak JBA sengaja menutup bekalan air kerana mereka ingin pulang beraya dan tidak mahu menghadapi masalah paip pecah dan sebagainya.

Pihak JBA telah menyatakan juga di dalam Sinar Harian semalam bahawa sabotaj sebagai punca utama bekalan air terganggu. Menurut Pengarah Jabtan Air Negeri, hasil siasatan pihak JBA, ada pihak yang sengaja menutup suis injap menyebabkan air tidak dapat melalui saliran ke Felda Kumai, Rentam, Sebertak dan Tementi. Perkara ini menyebabkan air hanya mengalir ke Purun dan Mayam sehingga tekanan air menjadi terlalu kuat.

Entah sampai bila masalah air di Felda Kumai hendak selesai. Hampir setiap kali musim perayaan, penduduk di sini terpaksa menghadapi masalah yang sama. Adakah selepas penggantian semua paip air di Kumai masalah ini akan selesai? Kita tunggu dan lihat sahaja.

Related Posts with Thumbnails

, , , ,

2 thoughts on “Air Oh Air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>