FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Bara’an

Lagi 4 hari umat Islam seluruh Malaysia akan meraikan Aidilfitri. Sempena hari lebaran bakal menjelma ni, saya nak cerita sikit mengenai salah satu budaya dalam masyarakat Felda Kumai dalam menyambut hari raya iaitu Bara’an (Raya dari rumah kerumah). Sebenarnya saya sendiri tak tahu dalam bahasa melayu di panggil apa. Saya memang dari dulu sebut bara’an.  Bara’an ni setahu saya dalam bahasa jawa.

Tradisi bara’an ni ialah budaya kunjung mengunjung (ziarah raya) dari sebuah rumah ke rumah yang lain, biasanya rumah2 yang diziarahi tu ialah rumah peserta geng baraan tadilah. Kalau di Felda Kumai bara’an ni dibuat ikut kepada blok yang sedia ada dan setiap tahun akan dimulakan selepas solat hari raya sekitar jam 9 pagi. Ahli-ahli bara’an terdiri daripada generasi pertama peneroka hinggalah ke generasi ketiga.

Tradisi ni saya rasa dah lama wujud sejak saya kecil lagi tapi bila ianya bermula di Felda Kumai ni saya tak pulak mengkaji. Siapa tahu boleh lah share ngan saya. Walaupun bara’an di Felda Kumai tidak lah sehebat bara’an di kampung saya di Johor dan Felda-Felda di Johor siap dengan Marhaban tetapi bagi saya sudah cukup bagi kita merapatkan silaturrahim sesama masyarakat Felda Kumai.

Kebiasaannya, setiap rumah akan menyediakan satu menu istimewa/utama bagi setiap rumah disamping kuih raya yang lain. Antara menu special yang menjadi pilihan masyarakat Felda Kumai ialah ketupat dan rendang, lemang, mihun sup, soto, lontong, laksa dan ada juga yang menyediakan nasi ayam.  Oleh kerana setiap rumah tidak mengetahui menu istimewa rumah lain, ada ketikanya menu utama tersebut hampir sama bagi setiap rumah.

Oleh kerana tradisi bara’an ini di jalankan secara berterusan sehingga selesai rumah peserta, keletihan dan kekenyangan menjadikan bara’an ini sesuatu yang membebankan bagi sesetengah orang. Bayangkan jika terpaksa berkunjung ke dua puluh buah rumah dalam masa setengah hari sudah tentu perut kita tidak mampu menampung makanan lagi terutamanya apabila tiba pada rumah-rumah yang terkemudian. Buat yang sudah biasa mengikuti bara’an ni, sudah semestinya mengetahui teknik dan taktik menghadap juadah hari raya dari setiap rumah.

Akhir kata, saya berharap tradisi ini dapat diteruskan oleh generasi kedua dan seterusnya. Ia dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama masyarakat Felda Kumai terutamanya jiran-jiran yang berdekatan dengan rumah kita.

Related Posts with Thumbnails

, , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>