FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Daerah Bera

Catatan kali ini ingin berkongsikan sedikit maklumat mengenai Daerah Bera yang mana Felda Kumai adalah antara penempatan di dalam daerah ini. Info di petik dari laman Majlis Daerah Bera.

IMG_5756

Daerah Bera terletak kira-kira 38 kilometer di hilir Bandar Temerloh. Ia merupakan daerah yang ke sebelas diiystiharkan dalam Negeri Pahang Darul Makmur pada 1 Februari 1992, dengan keluasan 2,214 kilometer persegi dan mengandungi dua mukim iaitu Mukim Triang dan Mukim Bera.

Ia telah diwartakan pada 1 November 1991. Secara amnya, Daerah Bera merangkumi lima penempatan penduduk seperti Kampung Tradisional, Kampung Baru, Felda, Penempatan Orang Asli dan Penempatan Ladang Swasta.

Pentadbiran Tanah dan Daerah Bera yang beroperasi sepenuhnya sejak tahun 1993 untuk membangunkan Daerah Bera dengan bantuan agensi-agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan IADP Pahang Barat.

Selain dari itu, terdapat lima Pihak Berkuasa Tempatan yang menjalankan aktiviti mengikut Akta Kerajaan Tempatan yang juga merupakan Pusat Pertumbuhan dan Perkampungan Daerah Bera iaitu Majlis Tempatan Triang, Majlis Tempatan Mengkuang, Majlis Tempatan Kemayan, Majlis Tempatan Kerayong dan Majlis Tempatan Mengkarak.

Komposisi penduduk di Daerah ini berjumlah 94,105 orang dengan pecahan kaum Melayu seramai 52,410, Bumiputera (Orang Asli) 8,560, Cina 23,452. India 4,620, Lain-lain Kaum 348 dan bangsa asing seramai 7,415.

Mukim Bera mempunyai seramai 38,483 penduduk manakala Mukim Triang mempunyai seramai 55,622 orang penduduk.

Kawasan Parlimen yang diwujudkan selepas proses persempadanan semula pada 2004 dengan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diwujudkan iaitu Kemayan, Triang dan Guai.

Bagi anda yang baru pertama kali datang ke daerah ini atau barangkali hanya sekitar 10 tahun yang lalu, perubahan di Daerah ini cukup jelas.

Contohnya di Simpang Kerayong yang dikenali kini dengan nama Simpang Bera telah bertukar wajah. Dahulu hanya deretan kedai kayu yang mempunyai kedai perabot, kedai makan dan kedai serbaneka tetapi kini telah terbinanya sebuah bandar baru Bera yang berhadapan dengan Pejabat Tanah dan Daerah Bera.

Ikuti laman web Majlis Daerah Bera untuk mengetahui selebihnya. Klik

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>