FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Felda Sg Klah Hot Springs

Baru-baru ni saya semasa percutian hujung tahun saya, saya sempat singgah di Hot Springs Felda Sg Klah. Saya sampai di situ lebih kurang pukul 10.15 pagi. Hari tu hari Jumaat. Ingatkan hari Jumaat tak ramai orang, tak sangka saya rupanya ramai yang mengunjungi Hot Springs Sg Klah ni.

Felda Sg Klah Hot Spring (Kolam Air Panas) ni terletak di Felda Sg Klah. Jika ingin ke sini, anda boleh mengikuti Highway Utara Selatan dan turun di exit Sungkai. Dalam 15 minit sahaja anda boleh sampai ke Kolam Air Panas tersebut.

Kepada yang nak bermalam di sini anda boleh menginap di Felda Residence yang mempunyai fasiliti yang cukup terbaik untuk sebuah percutian keluarga. Yang nak honeymoon saya memang suggest tempat ni kerana tempat ini memang menenangkan fikiran dan sunyi dari bunyi bising kenderaan.

Antara yang menarik di sini ialah kolam air panas semulajadi yang di katakan mampu mengubati penyakit-penyakit seperti penyakit kulit, insomnia, sakit sendi dan sebagainya. Anda boleh berendam di kolam-kolam pada suhu antara 20-40%. Tetapi terdapat amaran supaya tidak berendam melebihi 30 minit. Ada kolam yang lebih panas menyamai air mendidih di mana anda boleh try merebus telur yang turut di sediakan buat pelawat-pelawat.

Di samping kolam air panas tersebut, untuk kanak-kanak di sediakan kolam air sejuk. Walaupun tidak sehebat di Sunway Lagoon ataupun Bukit Gambang Resort, ia sudah cukup menghiburkan anak-anak anda. Dan juga bebas dari pandangan-pandangan yang menjolok mata.

Anak saya di Hot Spring Sg Klah

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kolam Air Panas Sg Klah ni anda boleh ke website Felda Residence.

Apa yang say katakan di sini, saya amat berpuas hati dengan percutian di Hot Spring Sg Klah ni dan amat mengalu-alukan anda semua ke sini. Memang best. Saya bgi 4 bintang untuk Sg Klah Hot Spring.

Related Posts with Thumbnails

, ,

2 thoughts on “Felda Sg Klah Hot Springs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>