FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

GABUNGAN WAWASAN GENERASI FELDA (GWGF)

Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) adalah sebuah pertubuhan yang merangkumkan beberapa buah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan penting di peringkat akar umbi golongan peneroka dan generasi peneroka Felda. GWGF berperanan sebagai agen perubahan yang menjangkaui aspek yang lebih menyeluruh demi kepentingan para peneroka dan generasi peneroka Felda.

Badan-badan yang bergabung di bawah GWGF adalah Yayasan Pembangunan Generasi Felda (YPGFM), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Persatuan Peneroka Felda Malaysia (PPFM), Pertubuhan Sukan Bermotor GWGF Malaysia dan bakal disertai oleh Persatuan Penerokawati Felda Malaysia (PPFWFM).

GWGF diterajui oleh Y.Bhg. Tan Sri Rozali Ismail yang merupakan seorang tokoh korporat terkemuka dan anak Felda yang paling berjaya. Beliau dibantu oleh ramai tokoh dari kalangan generasi Felda dari pelbagai latar belakang sama ada tokoh korporat, teknokrat, ahli politik, pemimpin masyarakat dan ahli akademik.

Gabungan tenaga para profesional dari kalangan generasi Felda di seluruh Malaysia menjadikan GWGF sebuah badan yang unggul dan sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi dan hasrat kerajaan dalam melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang dan terbilang.

GWGF sentiasa proaktif dalam usaha membantu masyarakat bawahan mendapat pembelaan dan tempat yang sewajarnya dalam negara tercinta. Hubungan baik Ahli Lembaga Pengarah dan barisan Exco GWGF dengan para pemimpin negara telah melancarkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti dan program-program GWGF.

Aktiviti-aktiviti dan program-program GWGF sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak sama ada para pemimpin negara dan negeri, pemimpin masyarakat dan masyarakat setempat. GWGF telah menyusun program dan aktiviti di seluruh Malaysia seiring dengan hasrat kerajaan dan sentiasa ke arah membantu kerajaan menangani sesuatu isu nasional seperti pelaksanaan Program Khas SEMAI BAKTI-PDK dan Belia Benci Dadah.

SUMBER: GFGW WEBSITE

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>