FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Hutan Lipur Bukit Bertangga

Hutan Lipur Bukit Bertangga terletak di Hutan Simpan Chini yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Tarikan kawasan ini mempunyai pelbagai bentuk rupabumi; tanah rata, cerun, bukit, batu-batu besar, batu-batu berlapis, air terjun serta sungai yang mengalir dicelah-celah batu. Di samping keindahan semula jadi ini, terdapat juga beranika tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah, pokok-pokok renek, pepanjat, palma, paku, lumut, pandan air dan lain-lain.

Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan 20 meter. Kemudahan yang disediakan adalah seperti jalan masuk, pondok rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan. Beberapa aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan berkhemah. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri teksi dari Pekan Maran.

Lokasi: Felda, Kumai, Pahang

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Temerloh/Bera,
28000 Temerloh, Pahang.
Tel. : 09-2962755

Terletak 36 km dari Bandar Bera, 190 km dari Bandar Kuantan.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Kerayong atau Bandar Temerloh.

Aktiviti/Kemudahan:

  • Bersiar
  • Berkhemah
  • Mandi/Berenang
  • Padang permainan
  • Trekking
  • Kajian/Pendidikan
  • Melihat burung
  • Berkelah/Berehat

SUMBER: WEBSITE JABATAN PERHUTANAN

Related Posts with Thumbnails

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>