FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Iklan Merdeka

Apabila bercerita mengenai merdeka, ramai di antara kita hari ni tidak mengetahui apa pengertian merdeka itu sendiri. Ramai yang tahu malam merdeka tepat pukul 12 malam kena jerit Merdeka! sebanyak 7 kali. Sebelum tu ada persembahan-persembahan artis-artis terkenal seluruh negara. Sambutan diseluruh negara sama je rasanya. Paling bagus pun ada yang buat deklamasi sajak merdeka.

Bangun pagi-pagi yang tak dapat pergi dataran tu boleh tengok live kat tv, perarakan hari merdeka.. Itulah sambutan merdeka yang kita ketahui selama ini.

Jadi untuk memahami ape sebenarnya merdeka itu sendiri, apa kata kita layan iklan2 merdeka yang selalunya muncul pada bulan2 kemerdekaan ni. Cubalah kita hayati maksud yang tersirat disebalik iklan2 ini..

Iklan Merdeka 2010.. Kekuatan sebenar terletak pada hati.

Iklan 2008.. Pengorbanan seorang bapa… Ingatlah segala kesusahan ibu bapa kita untuk menjadikan anaknya seorang yang berjaya.

Iklan 2006. hidup harmoni berlainan bangsa.. Yang best “Boleh aku tengok. Aku sepak kang” hehe..

Yang ni lama nye.. 1999. bersatu padu..

Ok lah.. rasanya itu saje yang dapat saya share.. kalau nak tengok yang lain2 boleh tengok kat youtube..

Kesimpulan daripada banyak iklan-iklan Merdeka tu, walaupun masyarakat Malaysia ni berbilang bangsa dan agama, tapi hati memainkan peranan yang penting bukannya warna kulit dan rupa. Hati yang bersih dapat menghindarkan rasa kurang senang, rasa benci dan rasa dengki sesama manusia. Apabila hati kita bersih, insyaAllah segala urusan akan jadi mudah. Kita akan sentiasa ceria, sentiasa saling hormat menghormati, saling percaya mempercayai sesama insan dan akan hidup dalam suasana harmoni walaupun berlainan bangsa dan agama.

Selamat Menyambut Ulang tahun kemerdekaan yang ke-53.

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>