FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Kerajaan rakam penghargaan, terhutang budi kepada Yusof Noor

KUALA LUMPUR: Kerajaan amat berterima kasih dan terhutang budi kepada bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELFA), Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, yang sudah banyak membawa kecemerlangan kepada lembaga itu sehingga kini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sepanjang Dr Mohd Yusof mengemudikan FELDA selama sembilan tahun, FELDA melalui pelbagai pembaharuan sehingga membawa lembaga itu ke peringkat global.
“Pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada Dr Mohd Yusof yang selama ini telah membawa banyak pembaharuan, kita terhutang budi yang besar kepada beliau yang banyak membantu dan membina FELDA selama ini, beliau telah melaksanakan dengan cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan upacara penyerahan tugas pengerusi yang baru di antara Dr Mohd Yusof dengan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Balai FELDA di sini, hari ini.

Mohd Isa dilantik sebagai Pengerusi FELDA berkuatkuasa 1 Januari, menggantikan Dr Mohd Yusof yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA, berkuatkuasa 1 Januari juga.

Mengulas pelantikan Mohd Isa, Ahmad Maslan berkata, kerajaan mempunyai keyakinan penuh terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dan percaya Mohd Isa akan terus membantu dan meneruskan kecemerlangan yang dilaksanakan oleh Dr Mohd Yusof sebelum ini.

“Kita penuh keyakinan kepada Mohd Isa, beliau banyak pengalaman antaranya 22 tahun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang ada 49 kawasan Felda, beliau cukup tahu kerana 22 tahun adalahtempoh masa yang panjang dan beliau memahami tentang FLEDA dan peneroka,” katanya.
Sementara itu, Dr Mohd Yusof gembira kerana beliau telah menyerahkan tugas kepada seseorang yang berpengalaman dalam pentadbiran negeri dan kerajaan pusat.

“Penyerahan tugas ini merupakan satu penyerahan yang tidak menggusarkan saya dan perasaan perdana menteri berdasarkan pengalaman beliau selama ini,” katanya.

Beliau juga yakin Mohd Isa mampu mengatasi segala tohmahan dan fitnah yang sering dilemparkan kepada FELDA. – BERNAMA

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>