FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

KPF 2 untuk Generasi Felda

Sebelum ni aku pernah masukkan berita yang Felda akan melancarkan KPF 2 untuk Generasi Felda. Yang tak ingat berita tu, aku letakkan link di sini. Felda tubuhkan KPF 2.

Baru hari ni aku tahu yang penubuhan KPF 2 telah pun diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 14 April 2011 setelah aku bukak laman web Felda. Pelik juga kenapa tiada pengumuman mengenainya di media-media.

Apakah KPF 2? KPF 2 di tubuhkan sebagai pelangkap kepada KPF, di mana keanggotaannya adalah untuk generasi baru Felda seluruh negara yang tinggal di dalam mahupun di luar rancangan Felda, kakitangan Felda dan juga anak kakitangan Felda. Syarat-syarat untuk menjadi anggota KPF 2:

  1. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Malaysia.
  4. Generasi baru peneroka Felda yang bukan pengganti peneroka yang samaada tinggal di dalam atau diluar rancangan / Kakitangan Felda / Anak kakitangan Felda
  5. Bukan seorang yang Bankrap.
  6. Tidak hilang upaya dari segi mental.
  7. Bukan yang seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar.
  8. Bukan seorang yang telah dibuang menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Camne nak daftar? Download borang di sini. Isi dan hantarkan ke pejabat Felda atau ibu pejabat Felda beserta bayaran RM20 dan syer minima RM100 dalam bentuk wang pos ataupun bank draft.

Sebagai generasi Felda kita seharusnya mengambil peluang pelaburan seperti ini. Harap-harap dividen KPF 2 ni setanding dengan KPF.

Download Borang KPF 2

Related Posts with Thumbnails

, , ,

57 thoughts on “KPF 2 untuk Generasi Felda

  • Fadzlin hamzah says:

    Mmg bnyk masalh nk joint kpf 2 ni,berbuln2 bru dpt prmohonan dh approve,kate diveden dpt bln 9..xdak lg pun.npe x sme diveden ngn kpf?bkn ke sme je?klu thu cmni,baik x yah mlbur kt cni..n untunglh bg ank2 peneroka yg terdahulu yg bley dpt join kpf,.tiap thun dpt rase diveden kpf yg biasanye dpt before raye..igtkn joint kpf 2,akn dpt hak yg same ngn ahli kpf 2..admib bley tlg jawab x?

  • krishna says:

    KPF2 -SUNGGUH SEDIH-KITA MELABUR DENGAN HARAPAN YANG BESAR TAPI HANYA
    DECLARE 1%..UNTUK APA ????????//
    MASUK FD KAT BANK PUN DAPAT 3 TO 4%.TUTUP KEDAI LA LAGI BAGUS.

    NAMPAKNYA KPF2 TIDAK LANGSUNG MEMERLUKAN PELABURAN SEBAB ITU INNYA GAGAL
    MENARIL PELABURAN LANGSUNG

  • abu bakar says:

    Nwpa dividen masih xdpt. Kpf2 akn tutup buku 30 sept kn…? Dh nk masuk thn kedua dah tp dibiden yg dikatakn 1% masih x duagih…apa citer?

  • md zaki salleh says:

    saya labur 45k dlm kpf2. surat dr kpf menyatakan jumlah pelaburan saya cuma rm100.saya sudah hantar surat maklumbalas dr kpf mengenai kesilapan tapi masih belum dapat pengesahan pembetulan dr kpf2.

  • abu bakar says:

    Nampaknya…aku kena tanggung rugi la… buat loan utk masuk kpf2. Dgn 1%, sebulan bayar bulanan loan pon xlepas….arghhh… tp napa sampai skrg xdptblg deviden yg 1% tu?

  • wayang says:

    begitu teruk !!! 1% je … simpan kat FD pon boleh dpt 3 ~ 4% …. lebih baik tarik modal dan simpan mane mane je pon boleh dapat lebih daripada 1% … kecewa betul…

  • Abd Aziz Bin Che Omar says:

    Saya percaya pihak pihak yg berkenaan dalam KPF2 sudah membaca komen komen drp para pelabur dan menganalisa apakah kelemahan kelemahan strategi dan perniagaan sebelum ini. Hasil drp penganalisaan tersebut, adalah diharapkan KPF2 menghasilkan strategi dan bisness paln tertentu demi utk menyakinkan anak anak peneroka yang telah melabur dan saya juga percaya bahawa KPF2 sudah mempunyai bisness plan yg komprehensif dan agresif demi utk menaikkan semula KPF2 pada tahun ini. Adalah disyorkan agar semua pelabur bersabar dan beri peluang kpd KPF2 utk memperkemaskan bisness model,pelaburan dan perniagaannya semoga tahun ini akan mendapat pulangan yang memberangsangkan. Insyallah.

1 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>