FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

KPF 2 untuk Generasi Felda

Sebelum ni aku pernah masukkan berita yang Felda akan melancarkan KPF 2 untuk Generasi Felda. Yang tak ingat berita tu, aku letakkan link di sini. Felda tubuhkan KPF 2.

Baru hari ni aku tahu yang penubuhan KPF 2 telah pun diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 14 April 2011 setelah aku bukak laman web Felda. Pelik juga kenapa tiada pengumuman mengenainya di media-media.

Apakah KPF 2? KPF 2 di tubuhkan sebagai pelangkap kepada KPF, di mana keanggotaannya adalah untuk generasi baru Felda seluruh negara yang tinggal di dalam mahupun di luar rancangan Felda, kakitangan Felda dan juga anak kakitangan Felda. Syarat-syarat untuk menjadi anggota KPF 2:

  1. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Malaysia.
  4. Generasi baru peneroka Felda yang bukan pengganti peneroka yang samaada tinggal di dalam atau diluar rancangan / Kakitangan Felda / Anak kakitangan Felda
  5. Bukan seorang yang Bankrap.
  6. Tidak hilang upaya dari segi mental.
  7. Bukan yang seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar.
  8. Bukan seorang yang telah dibuang menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Camne nak daftar? Download borang di sini. Isi dan hantarkan ke pejabat Felda atau ibu pejabat Felda beserta bayaran RM20 dan syer minima RM100 dalam bentuk wang pos ataupun bank draft.

Sebagai generasi Felda kita seharusnya mengambil peluang pelaburan seperti ini. Harap-harap dividen KPF 2 ni setanding dengan KPF.

Download Borang KPF 2

Related Posts with Thumbnails

, , ,

38 thoughts on “KPF 2 untuk Generasi Felda

  • encik says:

    1.ada tak skim pinjaman pelaburan yang serupa asb dari pihak bank.
    2.bagaimana nak tahu ahli itu mendaftar sebagai ahli kpf atau kpf2 setelah login ke penyata.

  • staff KPF 2 says:

    dividen kpf 2 akan dijangka akan ada pada tahun ini. untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-26970186. Untuk pengetahuan umum no tel yang tertera pada surat pekeliling sudah tidak digunakan lagi.

  • Abd Aziz Bin Che Omar says:

    Salam, saya ingin tanya bila AGM KPF2 akan diadakan? Ini adalah kerana apabila ditanya kpd staff di KPF2 mereka tidak tahu dan mereka menyatakan belum dimaklumkan lagi oleh pihak berkenaan.Saya fikir kalau didasarkan kpd tempoh pelaburan saya rasanya sudah genap setahun kerana saya melabur pd Sept 2011.Tolong beri penjelasan.tq.

  • investor says:

    called kpf2, katanya kene antar resit deposit, baru acct di update, klau lupa antar atau hilang, duit burn, untraceable.Kalu 10 – 100K, takkan nak burn. A multi million investment institution, system kene align. every investment must be traceable and updated immidiately. Staff pun kena capable of answering online. kene trainlah. Website updated. Dont keep giving excuses.Really exposes ya r such unprofessional. Engagedlah bank or 3 party to manage if Felda don’t have such expertise. then learn from them.

  • rezalman says:

    blh tgk kat page http://www.kpf.felda.net utk tgk rekod deviden + bonus setiap tahun…. 2011 10% dvden 8% bonus, dikira dari januari to december 2011, cuma pemberian dvden julai, bonus sept, itu je beza ngan asb… ini koperasi mmg beza, … kpf koperasi terbaik di m’sia 4tahun berturut klau x silap dari segi untung….

  • suhaimi says:

    kpf xde ke usahasama dgn bank buat spt loan bank utk dimassukkan ke asb… best sikit kalau cam tu

  • Aidil says:

    Aslmkum..
    berapa dividen kpf2 tahun 2011??

  • admin says:

    rasanya kalau dah retire tidak boleh.. tetapi Noir boleh bertanyakan dengan pihak KPF2 sendiri melalui telefon

  • admin says:

    boleh hubungi direct dengan pihak KPF2

  • Noir says:

    Salam, ibu saya & Adik adalah Ahli KPF1. Ibu retired since Jul 2012.
    bole x kami menjadi Ahli KPF2? Thanks!

  • contra jelai says:

    kat mana nak cek status kpf2? dah setahun masuk tp x ada berita…

  • admin says:

    kena hubungi pejabat KPF

  • Jamiah says:

    Saya sudah terima surat kelulusan permohonan menjadi anggota KPF2 tetapi apabila saya semak anggota di laman web kpf, mesej “REKOD TIDAK DITEMUI”. Apa tindakan seterusnya yg sepatutnya saya ambil. Boleh jelaskan dengan lebih lanjut mengenai kaedah transfer maybank2u.Terima kasih.

  • jamiah says:

    boleh jelaskan dengan lebih lanjut no akaun kpf2. Saya dah terima menjadi ahli tetapi apabila semak keanggotaan, rekod tidak ditemui.

  • HAYATI says:

    boleh bank in kat maybank kpf atau buat transfer maybank2u, pas tu fak atau emel je kpd kpf..pas tu login kat e-penyata boleh lihat penyata saham kita. maklumat lanjut bleh call kpf terus…www.kpf

  • rizman says:

    saya dh terima surut kelulusan permohonan menjadi anggota KPF2, langkah seterusnya dia minta saya melabur…
    soalan saya macam mana saya ingin memberi wang/melabur dalam KPF2 felda, bank-in atau lain2 sumber…
    minta tolong bagi info

  • HAYATI says:

    skrg takde sijil dah…ada e-penyata. boleh print out kat e-penyata aje…senang dan mudah. nak mlabur pun mudah..on line aje kat kpf

  • HAYATI says:

    tumpang kongsi maklumat. Saya dh labur kpf brkongsi gan ayah peneroka, had mak rm250k…dh 5 tahun mnikmati div n bonus…ayah cek dia, saya cek saya asing2.
    kini dh jadi ahli kpf2 pula, nak tambah plaburan…kat asb tak leh bagi macam kpf bagi. so klau anda generasi peneroka, laburla kat kpf..klau kpf belum cukup lagi had,,lbh baik labur dlm kpf dulu. dah penuh baru labur kat kpf2 pula

  • Saya nak tanya kalau KPF meeting nak bagi dividen pada setiap hujung bulan Jun dan dividen diberi pd awal julai. Macam mana dengan KPF2 , bila nak adakan meeting utk putuskan beri dividen. Bagi yg mula melabur April atau Mei 2011 rasanya suduh cukup 1 tahun. Satu lagi KPF2 tak beri sijil spt pelaburan spt KPF ke? tq.

  • noridah says:

    adakah borang nie boleh terus di print atau kena pergi ke pejabat felda dahulu? untuk membuka akaun KPF ni??

  • Suhaimi says:

    Asalamualaikum..

    Bukan ker KPF untuk Peneroka & Isteri?
    Manakala KPF2 untuk Anak2 peneroka?

    Betulkan kalau tersalah…

  • zaliney says:

    salam.. nie pemahaman saya ..

    kpf .. peneroka & anak peneroka .. setiap satu keluarga had maksimum rm250 ribu .. tapi akaun asing2 .. contoh .. ayah 50k + mak 50k + anak (3 orang) setiap anak 50k.. dah sampai maksimum laa tu .. pelaburan dan deviden akan diberi mengikut nama …

    kpf 2 .. anak peneroka & cucu peneroka .. dier kira individu .. tapi had maksimum .. tak pasti lagi .. ade info had maksimum?

  • Fariz Kamis says:

    Salam.. saya rasa, sy bukanlah orang yang layak menjawab soalan Tuan.. Saya sendiri tidak pasti mengenai penyenaraian FGVH. Mungkin Tuan boleh bertanya sendiri denga pegawai KPF atau pegawai Felda.

  • ICWCqh0NFzJXLsjN5VYPV-F56XqGFi1nri81eSEpAUs. says:

    salam…
    saya nak tanya pasal penyenaraian felda global vanture berhad yg hendak disenaraikan dalam bursa saham..apakah faedah langsung yang akan kita dapat sebagai pemegang saham kpf. Apakah faedah yang peneroka dapat kalau mereka tidak ada saham dalam kpf.Tolong jelaskan perkara ini?

  • izati says:

    org pej felda kt tmpt sy ckp, KPF2 ni die share ngan fmly kite..
    klau KPF je, kite nyer akaun sendiri2.

  • Fariz Kamis says:

    macam x betul je.. boleh try hubungi 0176923448

  • rizman N9 says:

    hari tu ada g pejabat felda kat kmpg.. sy ada mohon kpf 2, tapi kakitangan felda bg tahu sekiranya KPF yg pertama x penuh lagi saya x boleh join kpf 2, dan dimaklumkan yang saya akan berkongsi akaun dgn ibu bapa saya betul ke???????????????

  • Din Ganu says:

    Minggu lepas saya pegi ke KPF K.Lumpur. Info yang di terima ialah KPF2 hanya untuk anak & cucu peneroka. Peneroka tak bleh masuk. Buat masa ni, had pelaburan maksimum belum di tentukan. Jadi, sesapa yg ada modal besar tu… boh je lah.

  • Che Anan Ayob says:

    Pohon pengesahan Pegawai Agama Felda atau KPF samada zakat untuk dividen KPF telah dibayar oleh Koperasi sebelum di agihkan atau perlu dibayar sendiri oleh ahli bila menerima wang tersebut. Terima Kasih

  • Fariz Kamis says:

    polisi KPF. nak jaga cash flow

  • aimie says:

    b0nus dah d bank in pd 2julai..thanks..tapi 10% jer..maybe bln sept dpt lg another 5%…Y x blh bg all 15% …mcm asb????yyy

  • aimie says:

    Bila start byr bonus?..

  • Fariz Kamis says:

    Cuba je hantar form.. atas pertimbangan KPF jugak rasenye

  • zamil says:

    kalu anak kakitangan yg dah pencen bole ke kalu nak join?

  • Fariz Kamis says:

    Kpf dah penuh kuota ahli. So, kpf tubuhkan kpf 2 sebagai alternatif.

  • shuhaida says:

    jadi ape beza antara kpf 1 dan 2,kalau hanya anak n peneroka shj yg dpt jd ahli…anak peneroka mmg dah lama blh jd ahli…peneroka apatah lg,sjk msk felda dh mmg blh..hampeh….

  • Fariz Kamis says:

    x boleh… anak dan peneroka sahaja

  • shuhaida says:

    kalau menantu peneroka,boleh ker jd ahli kpf 2?tq…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>