KPF atau ASB?
Posting kali ini saya nak share mengenai pelaburan KPF dan ASB. Sebagai warga Felda kita semestinya familiar dengan KPF. KPF atau koperasi permodalan Felda telah ditubuhkan pada tahun 1980 dengan tujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda.
Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA. Ada juga di antara warga Felda yang membuat pelaburan di dalam ASB. ASB pula ditubuhkan pada tahun 1990, sepuluh tahun selepas penubuhan KPF untuk membantu bumiputera dalam mendapatkan pulangan yang konsisten dan berdaya saing.
Kalau kita perhatikan kedua-dua pelaburan ini sebenarnya hampir sama yang berbezanya cuma kelayakan sahaja. Warga Felda boleh melabur kedua-duanya, tetapi yang bukan warga Felda hanya boleh memiliki ASB sahaja. Kedua-duanya merupakan pelaburan ekuiti dengan harga tetap pada harga RM1 seunit saham dan merupakan pelaburan dengan jaminan modal (Capital Guaranteed Investment).
Dari segi dividen pula kedua-dua nya boleh di katakan antara pelaburan yang menguntungkan untuk warga Felda. Anda boleh lihat di bawah ini rekod dividen dan bonus sepuluh tahun antara KPF dan ASB. Penubuhan KPF2 untuk generasi Felda diharap dapat menambahkan lagi peluang pelaburan generasi Felda dan diharap prestasi KPF2 dapat setanding dengan KPF.
TAHUN | KPF | ASB |
---|---|---|
% | % | |
1997 | 10 | 11.5 |
1998 | 11 | 10.5 |
1999 | 14 | 12 |
2000 | 12 | 11.75 |
2001 | 12.5 | 10 |
2002 | 11.5 | 9 |
2003 | 14.5 | 9.25 |
2004 | 14 | 9.25 |
2005 | 14 | 9.25 |
2006 | 15 | 8.55 |
2007 | 16.5 | 9 |
2008 | 12.5 | 8.75 |

‹ Pengusaha Kerepek Ubimas – En Masfol b Kasan Raji Kelab Petanque Felda Selendang 2 ›
Saya anak peneroka Felda Mayam-telah pun melabur maximum dalam
KPF.boleh ke saya melabur dalam KPF2.
THANK YOU
of course la kpf, please visit http://www.bein2.com to get info on tech, tips.