Kursus Diploma Akademi Bola Sepak Felda
Wow… Satu lagi peluang melanjutkan pelajaran untuk Generasi Felda di Akademi Bolasepak Felda.
Bagi aku ni la peluang kepada anak-anak peneroka yang berminat untuk menjadikan bidang sukan terutamanya bolasepak sebagai kerjaya. Mereka juga berpeluang mempelajari teknik2 kejurulatihan, sains pemakanan dan macam-macam lagi la mengenai pengurusan bolasepak.
Diharapkan graduan-graduan akademi bolasepak ini dapat menyumbangkan sesuatu untuk Felda dan negara dalam pembangunan sukan bolasepak pada masa hadapan.
Antara syarat-syarat yang ditetapkan ialah pemohon mestilah anak peneroka yang belum berkahwin dan berumur 18 hingga 25 tahun sahaja. Kelayakan akademi pula mestilah lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana2 subjek dan lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Untuk melihat iklan tersebut lebih lanjut sila klik sini.

‹ [Tips] Download video youtube Tingkatkan taraf hidup peneroka ›
i will apply . http://www.bein2.com