FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Penduduk Parlimen Bera berfiesta mulai hari ini

BERA – Fiesta Bera 2010 membuka tirainya hari ini di Padang Majlis Daerah Bera dengan mengumumkan pencarian pakar masak tempoyak ikan patin pada pertandingan memasak Ahad ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Fiesta Bera 2010, Tahzir Husain, pertandingan itu diadakan kerana masakan tersebut sememangnya terkenal dan digemari oleh rakyat negeri ini terutama penduduk Bera.

“Hidangan tempoyak ikan patin terkenal di Pahang kerana keenakannya selain ikan patin juga mudah didapati di kebanyakan sungai di negeri ini.

“Dengan penganjuran pertandingan memasak hidangan itu, kami yakin ia dapat meningkatkan lagi populariti masakan ini hingga ke seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tahzir memberitahu, pertandingan yang dijadualkan berlangsung di tapak pesta Fiesta Bera itu akan disertai oleh 20 peserta wanita.

“Semua peserta akan menunjukkan bakat menyediakan juadah tempoyak ikan patin mengikut gaya sendiri,” katanya.

Fiesta Bera 2010 yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Parlimen Bera dengan kerjasama Bank Rakyat akan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagi memeriahkan fiesta, pelbagai program menarik telah dirancang seperti Kejohanan Rentap Futsal Kosmo! Edisi Parlimen Bera dan Konsert Mini Pancaindera yang menampilkan artis terkenal antaranya Dafi, Elyana, Hattan, Azza Elit dan Roslan Shah.

Selain itu, acara lain yang dianjurkan ialah Kempen Kesedaran Kepenggunaan, Kempen Beli Barangan Malaysia, Kempen Gerak Gempur Cetak Rompak dan Kempen 1Komuniti 1Koperasi.

Penduduk di kawasan Parlimen Bera juga berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan oleh pihak Hospital Ukhwah sepanjang fiesta berlangsung.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Fiesta Bera 2010, sila hubungi talian 012-2846811 atau 019-2247191.

Sumber : Kosmo Online

Related Posts with Thumbnails

,

3 thoughts on “Penduduk Parlimen Bera berfiesta mulai hari ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>