Perbankan Internet atau e-banking
Hari ini saya ingin berkongsikan satu perkara yang saya rasa penting kepada semua warga Felda Kumai iaitu berkaitan dengan internet – perbankan internet.
Perbankan internet bermaksud khidmat perbankan secara talian atau menggunakan internet tanpa perlu berada di bank secara fizikal. Anda hanya perlu berada didepan komputer yang mempunyai sambungan internet.
Kebanyakan bank di Malaysia menawarkan khidmat perbankan internet atau juga dikenali sebagai e-banking.
Antara kelebihan e-banking :
1. Bil, sewa dan pembelian prepaid boleh dibayar menggunakan e-banking. Tidak perlu lagi pergi ke kaunter berasingan untuk membayar utiliti.
2. Menjimatkan masa. Kalau orang Kumai nak ke bank yang paling hampir sahaja sudah 30 minit, itu belum lagi ambil kira beratur panjang
3. Jimatkan duit. Bagi warga Felda Kumai yang tinggal di Felda Kumai kedudukan bank jauh daripada rumah, minyak kereta atau tambang kenderaan awam mungkin agak membebankan
4. Bila-bila masa. Ya, bila-bila masa pun boleh. Termasuk luar waktu pejabat. Anda boleh buat pemindahan duit kepada abang, kakak atau lain-lain, walaupun jam 3 pagi.
5. Peroleh mata ganjaran. Ada sesetangah e-banking menawarkan mata ganjaran setiap transaksi online
6. Penyata akaun boleh di lihat bila2 masa. Kita boleh melihat setiap transaksi perbankan bila2 masa dan boleh dicetak dengan mudah.
Antara contoh-contoh bank dan laman web mereka ialah :
1. Maybank >> www.maybank2u.com.my
2. CIMB >> www.cimbclicks.com.my
Cara memohon :
Melalui Kaunter
Paling mudah, hanya minta borang permohonan menggunakan khidmat e-banking. Cakap sahaja pada kaunter khidmad pelanggan, tahulah mereka menguruskannya.
Melalui Mesin ATM
Permohonan melalui ATM agak “tricky” sedikit. Rujuk pada “brochure” yang disediakan pihak bank untuk mudahkan urusan atau yang paling mudah berjumpalah pegawai bank untuk membantu anda.
Keperluan asas eBanking:
1. Komputer dan sambungan internet. Sudah tentu, jika tidak, ia bukanlah dipanggil e-banking
2. Telefon Bimbit beserta nombor – Setiap transaksi secara e-banking, perlu disahkan dengan nombor unik transaksi. Ianya akan dihantar ke telefon bimbit anda
Insyaallah pada post akan datang saya akan share mengenai pembelian online pula.

‹ Felda tubuhkan KPF 2 Perancangan Beli Rumah ›
Assalam..
tq atas info.. harap berguna utk sya jawab test pg ni..