Perniagaan @ feldakumai.com
Kami melihat perkembangan yang amat sihat di kalangan generasi Felda Kumai iaitu menjalankan perniagaan. Kami berbangga dengan iltizam dan semangat anda menjalankan perniagaan biarpun sekadar online, kecil-kecilan mahupun besar-besaran.
Kami mempelawa mana-mana generasi Felda Kumai yang sedang menjalankan perniagaan samada besar-besaran mahupun kecil-kecilan untuk berkongsikan mengenai perniagaan anda di laman ini.
Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa ada rakan sekampung yang menjalankan perniagaan berhampiran dengan tempat tinggal anda.
Jom kongsikan. PERCUMA… kami akan menyiarkan perniagaan anda di dalam catatan khas di laman ini. Kami menunggu email anda.
Namun kami tidak dapat berkongsikan mengenai perniagaan yang haram dan salah di sisi undang-undang.
Kami juga tidak dapat berkongsikan perniagaan ala piramid, MLM dan seiringan dengannya.
Juga pada masa yang sama editorial akan meninjau-ninjau laman-laman web perniagaaan rakan-rakan sekampung kita untuk dikongsikan di sini…
Selamat maju jaya kami ucapkan…

‹ SELAMAT HARI GURU Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981 ›