FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Pertunjukan Pentas…..

Dah bercerita mengenai wayang pacak, saya amat pasti, tidak ramai generasi selepas tahun 1990 an mengetahui bahawa ketika awal pembukaan Felda, selain wayang pacak, pihak unit penerangan felda turut membawa hiburan pentas di setiap felda. Cuma jaraknya mungkin sekadar 2 tahun sekali.

pentas lama

gambar hiasan semata…

Yang menariknya, pentas hiburan ini membawakan artis-artis yang terkenal ketika itu bukan sekadar untuk menyanyi malah berlakon bangsawan!.

Antara yang masih saya ingat adalah Haslina Kamsan dan Ahmad B  yang melakonkan adegan bangsawan raja . Selain nyanyian mereka turut juga membuat lawak jenaka. Saya rasa Yahya Sulong dan Hamid Gurkha pun pernah datang. Rasanya Ed Osmera juga datang berlakon bangsawan.

haslina kamsan

Haslina Kamsan tengah top zaman tu

Suasana ketika malam tersebut penuh meriah dengan kunjungan semua warga felda dan pastinya saya perhatikan turut mengundang dari felda sekitar. Maka penuhlah padang bola ketika itu dan pentas tersebut ibarat pulau kerana dikelilingi penonton dari segenap penjuru bukanya hanya dari hadapan.

Pentas atau astaka padang dihias ringkas dan lampu yang dipasang bukanlah lampu spotlight berwarna warni seperti pertunjukan pentas seperti sekarang tetapi sekadar lampu kalimatang yang dlilit dengan plastik bewarna biru,kuning, merah dan hijau.  Mikrofon pula bukannya dari jenis cordless tetapi digantung dari arah atas dan setiap kali pelakon ingin  melafazkan dialog mereka, mereka akan bergerak dalam lakonan ke sudut yang mempunyai mikrofon tergantung tersebut.

Kisahnya mengenai raja dan puteri yang ingin berkahwin dengan pilihan hati dan ada babak-babak pergaduhan dan menumpahkan darah.

Hiburan yang dibawakan adalah untuk memberikan sedikit keriangan kepada warga felda kerana ketika itu masih dikira jauh dipendalaman sementelahan lagi tiada medium media yang lain seperti televisyen ketika itu. Peneman utama adalah kotak radio semata.

Bercerita mengenai peti televisyen, saya masih ingat lagi, namanya dipanggil peti televisyen kerana perlu membuka ‘tetingkap’ sebelum dapat melihat skrin malahan bahagian luar adalah diperbuat daripada kayu. Saya masih ingat kami memiliki satu unit berjenama Singer sebelum ayah mengantikan dengan telisyen baru berjenama Sanyo.

Tv lama

peti TV lama.. ada tingkap …

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>