FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Pinjaman KPF dari Maybank Temerloh

Sepertimana yang kita ketahui, Koperasi Permodalan Felda (KPF) bakal mengumumkan bonus pada bulan June ini dan kepada yang dah melabur tu mesti happy bila dengar dividen yang bakal diumum mencecah 14%. KPF merupakan salah satu pelaburan yang menguntungkan buat masa ini. Jika dibandingkan dengan ASB, dividen ASB hanyalah sekitar 8%.

Apa yang saya nak ceritakan hari ini ialah berkenaan dengan pinjaman KPF ataupun pinjaman dari bank untuk kita melabur dengan KPF. Saya baru sahaja bercakap dengan pegawai Maybank Temerloh, dan pegawai tersebut mengesahkan bahawa Maybank Temerloh memang ada menawarkan pinjaman untuk pelaburan KPF.

Butiran lanjut mengenai pelaburan tersebut seperti berikut:

Jumlah maksimum pinjaman : RM50,000

Jumlah pinjaman: Sehingga 90% (maknanya jika kita ingin meminjam RM50,000 kita perlu sediakan RM5,000 dan bank akan memberi pinjaman RM45,000)

Tempoh pinjaman: Sehingga 10 tahun.

Kadar Faedah : BLR + 1.25% (Kadar BLR semasa ialah 6.6%)

Ok, ramai yang bertanya kepada saya, untung ke kalau buat pinjaman? Mari kita kira sama-sama. Saya andaikan kita meminjam RM45,000 untuk tempoh 10 tahun.

Pinjaman = RM50,000

Bayaran bulanan = RM670 sebulan ataupun RM8,040 setahun

Dividen tahunan = RM50,000 x 14% = RM7,000

Berdasarkan pengiraan mudah diatas, tahun pertama kita perlu mengeluarkan RM8,040 dan tahun berikutnya kita gunakan dividen untuk membayar ansuran bulanan tersebut. Ini bermakna, kita akan hanya mengelurkan RM8,000 + RM1,040 x 9 tahun = RM17,400 selama 10 tahun. Selepas 10 tahun anda sudah ada RM50,000 didalam akaun KPF anda. Anda sudah untung lebih kurang RM32,600 dalam masa 10 tahun.

Sebenarnya, jika kita tidak mengeluarkan dividen tersebut untuk tempoh 10 tahun, dan hanya menggunakan duit gaji kita untuk membayar ansuran bulanan, kita akan menggandakan lagi keuntungan kita. Cuba perhatikan pengiraan dibawah:

Ansuran Bulanan selama 10 tahun = RM80,325 (RM670 x 12 x 10 tahun)

Baki tahun 1 = RM50k + 14%(RM50k) = RM57,00

Baki tahun 2 = RM57,000 + 14%(RM57k) = RM64,980

Anda kira sendiri la detail sampai tahun 10.

Baki tahun 10 = RM185,361

Keuntungan anda = RM185,361 – RM80,325 = RM105,036

Dari contoh yang saya buat di atas anda sudah ada RM185k pada tahun ke-10 dengan keuntungan bersih RM100k. Kesimpulannya, pinjaman ini memang menguntungkan selagi mana kadar faedah tidak melebihi dividen tahunan tersebut.

Lepas baca artikel ni boleh la kita ramai-ramai serbu Maybank Temerloh. Dan kepada yang masih belum menjadi ahli KPF, sila baca artikel saya Menjadi Ahli KPF.

 

 

Related Posts with Thumbnails

, ,

6 thoughts on “Pinjaman KPF dari Maybank Temerloh

  • admin says:

    saya rasa temerloh je ada.. Triang pun x de

  • zalini says:

    ade lagi ke load maybank temerloh nie? selain temerloh ..bandar pusat ade tak ..

  • admin says:

    saya tidak pasti pulak.. boleh hubungi maybank temerloh

  • hafeez says:

    Salam, bolehkah jika kita membuat pinjaman kali kedua walaupun pinjaman pertama belum langsai? Terima kasih.

  • Suhaimi says:

    1) Penambahan..kalau nak buat pinjaman..buat lah personal loan kat bank rakyat.. Islamic dan interest:
    1-3 tahun = 3.3%
    >3-15 tahun = 4.9%
    >15-20 tahun = 5.25%

    Kalau kita buat pinjaman RM50k for 10years, monthly hanya RM621 jer.
    For more info..boleh refer bank rakyat.

    2) Saya ada plan juga untuk dikongsikan..pengiraan di bawah nie secara ringkas sahaja.
    Ini tidak melibatkan pinjaman..dimana sekiranya kita mampu membayar loan sebanyak RM670 sebulan, apa kata kalau kita buat simpanan sendiri (potongan gaji ker)..Erti kata kita kena komit melabur RM670 sebulan sbb kalau kita bayar loan pun kita xboleh miss even sebulan selama 10tahun.. Pengiraan seperti di bawah:

    Tahun =670X12 14%
    0 0 0
    1 8040 8040
    2 16080 17205.6
    3 24120 26528.784
    4 32160 35874.02976
    5 40200 45222.36417
    6 48240 54571.13098
    7 56280 63919.95834
    8 64320 73268.79417
    9 72360 82617.63118
    10 80400 91966.47

    Secara kasarnya
    Setahun kita simpan RM8040
    10 tahun simpanan = RM80400
    Pengiraan dengan dividen setiap tahun (purata 14%) = RM91966.47

    Kelebihan simpan sendiri:
    1- xrisau nak bayar loan bulan2..kalau miss pun xkene charge
    2- confirm xde riba sbb duit gaji kita sendiri (melainkan duit riba kita buat invest)
    3- untung + saving(ganti bulan2 byr bank) almost RM100k
    4- xperlu bayar insurans + wasiat + others fee kat bank..semua duit masuk poket sendiri.

    p/s: pendapat saya kalau nak buat pinjaman, better maximumkan tahun pinjaman dan make sure interest pinjaman yang paling minimum..baru boleh generate income setiap bulan dan bayar bank guna dividen..nanti ada masa saya share..

  • ANI says:

    MEMANG UNTUNG SEBENARNYA AMBIL PINJAMAN UNTUK BUAT PELABURAN DENGAN KPF. TAPI MASALAHNYA PINJAMAN DARI MAYBANK UNTUK PELABURAN KPF ADALAH PINJAMAN KONVENSIONAL….. KAN ADA RIBA KAT SITU…. MACAM NILAH… INI CADANGAN SAYA, MINTAK TOLONG DENGAN BAPA YANG ADA DAH PELABURAN DALAM KPF, KPF BAGI PNJAMAN PERIBADI YANG TAK DE RIBA.. 6% JE SETAHUN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>