FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

SPM dah bermula

Peperiksaan SPM tahun 2010 dah nak mula esok. Haha.. Mesti malam ni masih ramai yang bukak buku lagi untuk subjek esok. Dulu time saya belajar dulu, cikgu pernah cakap, 2 hari sebelum exam jangan bukak buku. Time tu kena relaks je.. Semua dah ada dalam kepala otak. Cikgu cakap pegi la tengok wayang untuk mencari ketenangan. Tapi memang dah jadi tabiat kita kot suka sangat study last minit. Malam ni la masanye nak recall balik apa yang dah kita belajar sepanjang 2 tahun persekolahan. Malam ni mesti ramai budak-budak tingkatan 5 dah mula tak sedap badan, rasa nervous, dan macam-macam lagi lah. Maklumlah, untuk budak-budak sekolah, SPM memang peperiksaan paling besar.

Kalau SPM keputusan tak beberapa bagus, peluang untuk masuk ke IPT pun akan jadi agak susah sikit. Lagi-lagi, setiap tahun, makin ramai budak-budak yang dapat straight A’s. Jadi, persaingan untuk mendapat tempat di IPT yang baik semakin sukar.

Walau macam mana pun, semoga berjaya diucapkan kepada calon-calon SPM 2010 terutamanya buat adik-adik dari Felda Kumai. Buat yang terbaik, InsyaAllah, akan dapat juga yang terbaik.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>