FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…

felda kumai


 Powered by Max Banner Ads 

Fakta FELDA di Negeri Pahang

taburan felda

Bercerita mengenai FELDA, saya kecilkan pula kisahnya di negeri Pahang. Negeri Pahang mempunyai bilangan peneroka yang teramai di Malaysia. Terdapat sejumlah 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di 317 tanah rancangan itu di seluruh negara setakat ini. seramai 108,322 peneroka terdiri dari kaum Melayu, 1,097 kaum Cina, 1,522 kaum India dan dan selebihnya kaum-kaum lain. Pembukaan tanah secara […]

Sejarah FELDA…

logo felda

Sebelum terlajak jauh bercerita mengenai Felda, saya rasa ada baiknya saya berkongsikan sedikit mengenai sejarah FELDA. Maklumlah kita menyebut FELDA berulang kali tetapi berapa ramai yang mengetahui makna sebenar FELDA dan fungsinya. FELDA merupakan akronim dari bahasa Enggeris yang membawa maksud Federal Land Development Authority dan disingkatkan sebagai FELDA. Dalam bahasa Melayu pula dikenali dengan […]

Felda Kumai… rumah peneroka lama

Koleksi Pak Abu. Alumni Asrama Felda.. katanya Jengka 11

Menjadi peneroka di Tanah Rancangan Felda membawa satu detik perubahan kepada semua yang terlibat. Ini kerana sebaik sahaja ayah melapor diri di Felda,  anda sekeluarga sebenarnya telah membuka langkah baru dalam kehidupan. Sebagai peneroka felda, selain tanah rancangan yang telah dipilih dan ditawarkan, keluarga anda menjalani kehidupan sepenuhnya dibawah perancangan yang telah diatur. Peneroka akan […]

Felda Kumai.. Awal Pembukaan…

gambar lama kumai

Awal Pembukaan: Felda Kumai dibuka pada tahun 1974 dengan penerokaan hutan dan ladang serta mula menerima  penempatan peneroka pada penghujung 1979 dan awal 1980 dengan pengambilan peneroka dari seluruh negara. Terdapat peneroka yang berasal dari Perlis hinggalah ke Johor malah turut melibatkan Terengganu dan juga Kelantan dan menjadikan ianya unik dengan percampuran adat tradisi bangsa […]

Felda Kumai

cropped-Kumai1.jpg

Pengenalan: Buat yang pertama kali membaca dan menyebut nama Felda Kumai, ianya terletak 29 km dari Bandar Simpang Kerayong yang kini menjadi pusat pentadbiran bagi Daerah Bera. Berkeluasan sekitar 2300 hektar dengan tanaman kelapa sawit menjadi tempat rezeki kepada 530 buah keluarga dan perkembangannya berlaku dengan tiga peringkat pengambilan peneroka pada penghujung 1979 dan awal […]

Hari Peneroka Felda 2011

Tahun ini sambutan Hari Peneroka Felda akan di adakan seperti di bawah ini: Tarikh: 7 Julai 2010 Tempat: Std Mini Bandar Pusat Jengka Selepas 55 tahun penubuhannya, FELDA yang diasaskan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, semakin jauh berbeza. Selari dengan matlamat penubuhannya, untuk menempatkan semula penduduk luar bandar ke kawasan baru bagi meningkatkan ekonomi mereka. Tahap […]

, ,

Sumbangan Baik Pulih Masjid Felda Kumai

ASSALAMMULAIKUM… PESANAN DARI J/K MASJID FELDA KUMAI…. UNTUK MAKLUMAN SEMUA WARGA2 KUMAI, MASJID FELDA KUMAI MEMERLUKAN DANA LEBIH KURANG RM100,000.00 UNTUK MEMBAIKPULIH MASJID INI. TERKINI DERMA/ WAKAF UNTUK MENGGANTIKAN TINGKAP MASJID FELDA KUMAI SEDANG DIJALANKAN….. SESIAPA YG INGIN MENDERMA/ WAKAF KEPADA PIHAK MASJID BOLEHLAH BERBUAT DEMIKIAN BOLEH: – BANK-IN KE AKAUN MASJID FELDA KUMAI (1001321000002266 […]

,

Belia Felda Kumai menang belia Cemerlang Felda?

Pergh.. Bila la nak tengok tajuk tu kat akhbar-akhbar tempatan? Harapan agar Felda Kumai bangkit mencontohi paling tidak pun seperti jiran yang hampir Belia Felda Sebertak. Daripada Berita Harian. Terkis Jengka 22 pemenang Persatuan Belia Cemerlang FELDA PUTRAJAYA: Persatuan Belia Terkis Jengka 22, Pahang muncul sebagai pemenang Persatuan Belia Cemerlang FELDA pada Anugerah Belia FELDA […]

, , , , , , , , ,

Futsal buat warga Felda Kumai

FeldaKumai.com dengan kerjasama Warga Felda Kumai akan menganjurkan Futsal suka-suka seperti berikut: Tarikh : 11/12/2010 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari. Tempat: X-Treme Park Futsal, Seksyen 13, Shah Alam. (Klik sini untuk maklumat lanjut) Semua warga Felda Kumai dan Fan Feldakumai.com di jemput untuk memeriahkan lagi event ini. Majulah sukan untuk warga Felda. Boleh Share:FacebookEmailPrint

, ,

SPM dah bermula

Peperiksaan SPM tahun 2010 dah nak mula esok. Haha.. Mesti malam ni masih ramai yang bukak buku lagi untuk subjek esok. Dulu time saya belajar dulu, cikgu pernah cakap, 2 hari sebelum exam jangan bukak buku. Time tu kena relaks je.. Semua dah ada dalam kepala otak. Cikgu cakap pegi la tengok wayang untuk mencari […]

UPSR: 48,327 dapat semua A

Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di umumkan hari ini. PUTRAJAYA: Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ahafar Mahmood berkata demikian ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2010 di sini, sebentar tadi. Seramai 486,321 calon menduduki UPSR tahun ini […]

,

Hutan Lipur Bukit Bertangga

Hutan Lipur Bukit Bertangga terletak di Hutan Simpan Chini yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Tarikan kawasan ini mempunyai pelbagai bentuk rupabumi; tanah rata, cerun, bukit, batu-batu besar, batu-batu berlapis, air terjun serta sungai yang mengalir dicelah-celah batu. Di samping keindahan semula jadi ini, terdapat juga beranika tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah, pokok-pokok […]

,

RM30j atasi masalah air di Felda

Dalam Sinar Harian hari ni, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan kerajaan akan menaik taraf dan menggantikan paip lama di Felda-Felda sekitar Bera. Rasanya Felda Kumai dah jalan dah pun. Dan mungkin akan siap tidak lama lagi. Ok. Kita baca Sinar Harian jom.. BERA – Masalah bekalan air paip yang dihadapi warga Felda […]

, ,

Proton Inspira ganti Waja dipasaran

Untuk melihat lebih banyak gambar Proton Inspira ini anda boleh lihat di Proton Inspira Club. Foto-foto tersebut lebih jelas dan mempunyai sudut yang cantik. Terima kasih kepada Proton Inspira Club kerana sudi berkongsi foto-foto terbaru Proton Inspira. Di bawah pula adalah petikan dari Utusan Malaysia ; SUBANG JAYA 14 Okt. – Proton hari ini melancarkan model baru […]

,

Peneroka pelawa kilang bersemuka

FELDA KUMAI – Peneroka di sini mahu Felda ataupun kilang Felda membuka pintu rundingan berkaitan Kadar Perahan Gred (KPG) yang didakwa berlaku penyelewengan menyebabkan mereka menghadapi kerugian. Walaupun tidak bersetuju segelintir peneroka di kawasan lain mengambil tindakan undang-undang untuk menyelesaikan masalah ini tanpa rundingan, isu KPG ini telah lama diperkatakan dalam kalangan peneroka dengan pengurusan […]

Related Posts with Thumbnails

, , ,

‹ Previous Posts Next posts›