Powered by Max Banner Ads 

SARA 1 Malaysia

Hari ini 30 Januari seperti yang di wawarkan sebelum ini akan dibuka jualan unit melibatkan SARA 1Malaysia  (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia), skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri.

Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?

  1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
  2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah
  4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)

  1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
  2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak
  3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
  1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. Jelas?
  3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Posted in Berita Semasa | Tagged , , , | Leave a comment

Tawaran Kursus Peringkat Sijil Giat MARA-FELDA

Kepada generasi kedua Felda yang baru menamatkan SPM dan berminat untuk melanjutkan pelajaran di Giat MaraFelda boleh la memohon untuk kemasukkan Januari.

Anda boleh download borang di bawah di sini.

Antara kursus yang ditawarkan ialah seperti berikut:

  1. Kursus Teknologi Automotif
  2. Kursus Teknologi Baikpulih dan Mengecat Kenderaan
  3. Kursus Teknologi Motosikal
  4. Kursus Pendawai Elektrik

Lebih lanjut klik sini

Posted in Info Felda | Tagged , , | Leave a comment

Felda tempah maut masuk pasaran saham?

Foto: Mynewshub

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Langkah Felda menerusi Felda Global Ventures Sdn Bhd untuk memasuki pasaran saham sehingga akan mengorbankan ratusan ribu ekar tanah milik oraganisasi itu, diyakini tidak akan mendatangkan pulangan besar seperti yang dijangka oleh para pemimpin Umno BN, tetapi hanya akan menempah maut.

Sebelum memulakan langkah itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan para pemimpin Umno BN sebaliknya perlu mengambil iktibar dengan nasib malang yang menimpa skim-skim amanah yang telah diperkenalkan oleh beberapa buah kerajaan negeri di negara ini.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, antara yang boleh dipelajari termasuk skim amanah saham yang diperkenalkan oleh Kerajaan Terengganu, Amanah Saham Darul Iman (Asdi), skim amanah kerajaan Johor dan beberapa skim amanah lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terbabit sebelum ini.

Menurut beliau, kesemua skim itu pada mulanya diyakini akan memberikan pulangan besar kepada para pelabur, tetapi akhirnya kesemuanya menjadi di sebaliknya sehingga para pelabur sendiri yang menanggung akibatnya.

Katanya, sekiranya skim-skim yang diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terbabit boleh menerima nasib malang itu, amanah saham yang melibatkan Felda Global Vantures diyakini akan menerima nasib jauh lebih malang daripada itu.

“Jika amanah itu diperkenalkan, di hadapan dan belakangnya tentunya Isa Samad, sedangkan rekod buruk Isa Samad telah  terbukti sejak beliau mula menjadi Pengerusi Felda, malah sebelum itu lagi,” katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.

Kini, demi kepentingan peribadinya, menurut beliau, Isa sanggup menggadaikan kepentingan Felda sehingga boleh menggelapkan masa depan seluruh warga peneroka di seluruh negara dengan pelbagai tindakannya yang tidak masuk akal.

Katanya, antara langkah jelas Isa ke arah itu boleh dibuktikan dengan kesanggupannya memetrai perjanjian pajakan tanah antara Felda dan Felda Global Vantures.

“Sekiranya sistem pajakan sehingga 99 tahun itu berjaya dilaksanakan, Felda Global Vantures dengan kerjasama Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan mengatur langkah lebih jauh untuk memasuki pasaran saham dengan penyenaraian ke dalam Bursa Saham Malaysia nanti,” tegasnya.

Sekiranya skim amanah saham itu mendatangkan keuntungan, tambahnya, pihak yang menikmati keuntungan itu bukannya warga peneroka, tetapi Isa dan koncu-koncunya serta kroni-kroni Umno BN.

“Itu kalau untung, tetapi kami di pihak Anak tak nampak pun saham itu akan mencatatkan keuntungan. Malah, nasibnya nanti samalah juga dengan Asdi dan amanah-amanah saham lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri sebelum ini,” katanya.

Kalau saham yang melibatkan Felda Global Vantures itu rugi pula, tegasnya, Isa dan koncu-koncunya tidak akan menanggung sebarang kerugian, tetapi para peneroka di seluruh negara juga yang akan menanggung akibatnya kerana langkah yang dibuat itu bukannya untuk kepentingan para peneroka, tetapi untuk kepentingan mereka sendiri.

Katanya, langkah jahat Isa itu sememangnya sudah dapat dikesan sejak awal oleh para peneroka yang faham dan dapat membaca mesej yang tersirat, sehingga menyebab Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsuddin Othman menentangnya habis-habisan.

Shamsuddin, tambahnya, yang telah 15 tahun menjadi ketua peneroka yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda sejak 5 tahun lalu, sememangnya sudah cukup faham perkara itu dan tidak mungkin dapat ditipu oleh Isa dan koncu-koncunya.

“Anak sememangnya akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada beliau dan kepada para peneroka. Kami telah sama-sama berusaha menyedarkan para peneroka mengenai perkara itu sehingga kebanyakan peneroka telah pun memahaminya,” ujarnya.

Jika sebelum ini Umno BN telah berjaya mendapat undi yang cukup banyak daripada para peneroka sehingga berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu, tegasnya, dalam pilihanraya akan datang, para pemimpin Umno BN janganlah lagi menaruh harapan daripada undi para peneroka.

“Para peneroka di seluruh negara telah pun sedar dengan penipuan para pemimpin Umno BN terhadap mereka selama ini. Mereka telah pun bangun untuk mempertahankan hak dan maruah mereka. Tahulah nanti para pemimpin Umno BN diajar oleh para peneroka sendiri,” ujar beliau.

SUMBER: HARAKAHDAILY

Posted in Berita Semasa | Tagged , | Leave a comment

Felda timbang tawaran buka ladang di Kemboja

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), yang mempunyai dua ladang di Indonesia, kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk membuka ladang di Kemboja pula.

Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad berkata pihaknya kini sedang di dalam perbincangan dengan pihak berkenaan di Kemboja, selepas mendapat tawaran untuk membuka ladang seluas 400,000 ekar di negara itu.

Bercakap kepada Bernama di Yangon, beliau berkata Felda telah diberikan dokumen dan  butir-butir yang diperlukan dan selain kajian yang dilakukan oleh organisasi-organisasi Malaysia, untuk dipertimbangkan.

“Saya percaya kita akan melihat tawaran itu (kerana) ia satu peluang yang baik,” katanya.

Di samping itu, beliau berkata Perdana Menteri Komboja Hun Sen yang melawat Malaysia satu masa dahulu, juga telah memaklumkan cadangan supaya Felda membuka ladang di negara itu dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, Felda akan melihat kesesuaian tanaman yang boleh diusahakan, iaitu sama ada sawit atau tanaman lain.

Salah satu daripada ladang Felda di Indonesia diusahakan secara bersama dengan Lembaga Tabung Haji manakala satu lagi diusahakan dengan syarikat tempatan.

Selain itu, beliau berkata Felda juga sedang berusaha untuk meningkatkan jualan produk keluarannya ke seluruh dunia.

“Sebagai contoh, kita telah mempunyai kilang di Turki bagi menembusi pasaran di negara-negara di Eropah Timur,” katanya, sambil menyatakan Felda juga sedang melakukan usaha yang sama di Afrika bagi membuka pasaran di benua itu.

Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut usaha itu.

Ini bertujuan menambah bilangan pasaran produk keluarannya yang kini telah menembusi pasaran 13 buah negara di seluruh dunia, katanya.

Secara keseluruhannya, beliau berkata Felda mencatatkan jualan kira-kira RM16 bilion setahun melalui pengeksportan kira-kira 3.0 juta tan metrik minyak sawit ke seluruh dunia.

Sehubungan itu, katanya pencapaian itu menolak tohmahan sesetengah pihak di Malaysia yang mendakwa organisasi itu kini sudah muflis.

Beliau berkata beliau berada di sini (Myanmar) bagi menghadiri pameran produk keluaran Felda selama dua hari yang bermula hari ini.

Bernama

Posted in Berita Semasa | Tagged , | Leave a comment

Felda Golbal Ventures ke Bursa Malaysia 2012

Foto: Mynewshub

FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) akan disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang pertengahan 2012 untuk mengumpul dana bagi syarikat itu menjadi sebuah konglomerat global, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata penyenaraian itu akan mewujudkan sebuah lagi syarikat perladangan berwajaran tinggi selain menarik pelabur antarabangsa ke Bursa Malaysia.

Hak dan kepentingan peneroka FELDA akan terus dilindungi oleh Koperasi Permodalan FELDA sebagai pemegang saham majoriti, tegas beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen di sini.

Peneroka FELDA dijangka menerima durian runtuh, dan jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian, kata beliau.

Apabila disenaraikan, FGV akan menjadi pemilik ladang terbesar di negara ini, mengatasi SIME DARBY BHD sebagai syarikat perladangan senaraian awam yang terbesar di dunia dengan simpanan tanah.

Kumpulan Felda menguruskan kira-kira 860,000 ha dalam Malaysia, di mana520,000 hektar milik kepada peneroka dan 320,000 hektar dimiliki Lembaga KemajuanTanah Persekutuan (Felda), agensi kerajaan yang mengawasi kumpulan Felda. FGV sendiri mempunyai ladang sendiri seluas 50,000 hektar.

Secara perbandingan, Sime Darby mempunyai jumlah tanah yang ditanam lebih daripada 630,000 hektar di Malaysia dan Indonesia.

Posted in Berita Semasa | Tagged , , , | 1 Comment

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M

Waktu berbuka puasa.. Sumber: JAKIM

BIL
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2 JOHOR
3 PERAK
4 SARAWAK
5 SABAH
6 TERENGGANU
7 KELANTAN
8 SELANGOR
9 PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13 NEGERI SEMBILAN
14 KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG
Posted in Umum | Tagged | Leave a comment

Duit Syiling Baru Diperkenalkan Tahun 2012

Setelah menggunakan duit syiling yang ada sekarang hampir 20 tahun, Bank Negara Malaysia akan perkenalkan duit syiling baru tahun depan. Temanya ‘Keunikan Malaysia’..

Teringat masa kecik-kecik dulu, bukan main seronok dapat duit syiling bila pergi beraya, tapi sekarang ni nilai duit syiling ni sangatlah rendah dibandingkan 20 tahun yang dulu. Kalau dulu dengan duit syiling 20 sen yang mak atau abah bagi pergi sekolah cukup buat beli makan kat kantin, sekarang RM1 pun belum tentu cukup.

Ok.. Ni gambar duit syiling baru tu. Sekali tengok macam dinar dengan dirham pulak.

Posted in Berita Semasa | Tagged | Leave a comment

PR1MA – Projek Perumahan 1Malaysia

Pada 4 Julai 2011, PM telah melancarkan fasa pertama Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), satu program khusus bagi kumpulan berpendapatan sederhana (RM6,000 ke bawah) untuk memiliki rumah kos sederhana berharga di antara RM150k ke RM300k.

Tujuan

Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman.

Rasional

Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di antara RM2,500 hingga RM6,000 sebulan.

Harga

Harga jualan seunit adalah dari RM150, 000 kepada RM300, 000 bergantung kepada lokasi dan saiz unit perumahan.

Kelayakan

Pemohon yang layak untuk membeli sebuah rumah PR1MA mesti rakyat Malaysia dengan pendapatan sehingga RM6, 000 sebulan. Permohonan juga adalah pembeli kali pertama bagi Program ini dan perlu tinggal di rumah PR1MA. Tidak boleh di sewakan kepada orang lain.

Pakej pembiayaan

Pemohon yang layak boleh mendapatkan pinjaman sehingga 105 peratus dari institusi kewangan yang berkenaan dengan tempoh bayaran balik sehingga maksimum 30 tahun. Jumlah tersebut adalah termasuk di dalam harga rumah, kos undang-undang dan gadai janji atau MRTA. Pembeli juga akan dikecualikan daripada duti setem.

Di samping itu, institusi kewangan juga menyediakan kemudahan bayaran balik pinjaman yang felksibel yang sama ada berdasarkan servis kepentingan untuk 5 tahun pertama atau bayaran bulanan tetap. Pembeli juga mempunyai pilihan untuk menggunakan sebahagian daripada caruman KWSP dalam Akaun 2 untuk menampung sebahagian daripada pinjaman itu atau bagi maksud mendapatkan nilai yang lebih tinggi daripada pinjaman daripada institusi kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai PR1MA boleh ke website www.epu.gov.my

p/s: Dari website EPU –  Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran atau permohonan bagi pembelian rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) masih belum dibuka. Sehubungan itu, borang permohonan rasmi masih belum dikeluarkan oleh Sekretariat PR1MA, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Posted in Berita Semasa, Umum | Tagged , | 1 Comment

‘Buah Tangan’ Sambutan Hari Peneroka 2011 di Jengka

Seperti yang di jangka memang banyak buah tangan dari PM kita, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk semua warga Peneroka Felda dan juga Generasai Felda.

Antara pengumuman yang di buat PM ialah”-

  • Pusat Bandar Jengka mendapat nama baru sebagai Bandar Tun Abdul Razak sebagai menghargai pengorbanan Perdana Meneteri Kedua, Allahyarham Tuan Abdul Razak.
  • Bandar Tun Abdul Razak juga akan menikmati pelbagai pembangunan baru bernilai RM250 juta melibatkan pembangunan kompleks sukan serba moden dan stadium mini serta pusat perniagaan. Stadium jengka yang baru nanti akan menjadi tuan rumah kepada perlawanan melibatkan pasukan bola sepak FELDA United.
  • Peruntukan berjumlah RM50 juta bagi pembangunan 500 unit projek perumahan generasi baru FELDA di wilayah Jengka yang akan bermula tahun ini. FELDA akan menyumbang subsidi berjumlah RM20,000 hingga RM25,000 bagi membantu meringankan generasi baru FELDA memiliki rumah tersebut.
  • Bagi kakitangan FELDA pula, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membaik pulih rumah mereka.
  • Pembangunan kompleks terminal pengangkutan bersepadu berjumlah RM10 juta, enam mesin hemodialisis dengan setiap satu bernilai kira-kira RM1.5 juta dan RM2 juta untuk melaksanakan ‘komuniti berpagar’ membabitkan penyertaan peneroka FELDA serta anggota RELA untuk menjaga keselamatan di kawasan penempatan peneroka.
Posted in Berita Semasa, felda, Info Felda, Umum | Tagged , , , , | Leave a comment

Hari Peneroka Felda 2011

Tahun ini sambutan Hari Peneroka Felda akan di adakan seperti di bawah ini:

Tarikh: 7 Julai 2010

Tempat: Std Mini Bandar Pusat Jengka

Selepas 55 tahun penubuhannya, FELDA yang diasaskan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, semakin jauh berbeza. Selari dengan matlamat penubuhannya, untuk menempatkan semula penduduk luar bandar ke kawasan baru bagi meningkatkan ekonomi mereka. Tahap kehidupan peneroka FELDA juga kini meningkat.

Tidak terkecuali bagi peneroka Felda Kumai, kehidupan warga felda Kumai bertambah maju kini mereka mampu mengecapi kehidupan yang selesa disamping itu juga mereka hidup dalam keadaan yang harmoni dan muafakat. Felda Kumai, Bera Pahang boleh dilihat sebagai FELDA yang membangun.

Ia nyata berbeza ketika peneroka Felda Kumai, mula-mula bergelar peneroka. Kalau dulu makan nasi dengan ubi kayu, sekarang ubi kayu dah pun di komersialkan oleh Saudara Masfol dengan produk Ubimas.

Kalau dulu nak makan ayam pun susah, sekarang dah ada pun yang buat projek ayam.

Kalau dulu penuh dengan semak samun, babi hutan berkeliaran, sekarang semuanya dah bersih. Semak samun dah di usahakan dengan projek pertanian.

Kalau dulu main bola guna bola kertas yang digumpal dengan getah dan main di halaman rumah yang luas, sekarang dah ada gelanggang Futsal yang selesa.

 

eh.. bukan yang ni.. dah ada yang baru

Kalau dulu jalan tanah merah, sekarang jalan dah tar sampai depan rumah. Ada jugak yang sampai ke laman rumah.

Kalau nak cerita dulu dan sekarang memang banyak la. So, bersyukurlah dengan apa yang diperolehi kini.

 

 

Posted in Cerita Orang Kumai, Umum | Tagged , , | 1 Comment

KPF umum dividen 15%

Baru je aku masukkan post pasal dividen KPF dijangka 14% dua minggu lepas. Akhirnya mengumuman yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli KPF sangat menggembirakan ahli-ahli KPF. Dividen bagi tahun 2010 ialah sebanyak 15%. Jom baca berita yang aku ambik dari Agendadaily.com ni.

Peneroka Raih Dividen 15% Berikutan prestasi mantap KPF

Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) mengumumkan dividen tahunan sebanyak 15 peratus kepada 220,210 ahlinya, yang mana seramai 193,506 adalah Kumpulan Peneroka. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi KPF yang juga Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkilfi Abd Wahab pada Mesyuarat Agung KPF di Dewan Perdana Felda, Khamis.

Pada mesyuarat agung itu yang dihadiri 1,300 perwakilan dari seluruh negara, Dzulkifli  juga mengumumkan pendapatan RM575.02 juta, iaitu pencapaian tertinggi sejak KPF ditubuhkan 30 tahun lalu, dan jumlah itu adalah penigkatan 6.43% berbanding tempoh yang sama pada 2009, iaitu RM540.29 juta.

Katanya dividen Syarikat Kumpulan FELDA menyumbang sebanyak RM237.64 juta daripada pendapatan itu, iaitu 41.33% daripada jumlah pendapatan keseluruhan sementara keuntungan bersih sebelum cukai ialah RM322.93 juta, iaitu menurun 1.76% berbanding 2009. Bagaimanapun keuntungan selepas cukai dan bayaran zakat ialah RM256 juta, meningkat 20.87% berbanding tahun sebelumnya.

Di segi pelaburan, portfolio KPF telah mencecah kepada RM2.26 billion, berbanding RM2 billion pada 2009. Sepanjang tahun lalu, antara pelaburan utama KPF ialah dalam urusniaga sekuriti pasaran bernilai RM526.42 juta, deposit dan simpanan dalam bank/institusi kewangan bernilai RM437.94 juta, pelaburan syarikat luar sebanyak RM379.01 juta, pelaburan sektor hartanah sebanyak RM240.08 juta, serta akaun Amanah Raya Berhad sebanyak sebanyak RM167.74 juta.

Teras utama pelaburan KPF masih lagi dalam pemilikan ekuiti 15 syarikat kumpulan KPF/FELDA melalui pegangan saham sebanyak RM292.09 juta unit dengan kos pelaburan bernilai RM371.64 juta, berbanding RM370.72 juta pada 2009.

Pelaburan dalam sektor hartanah bernilai RM240.8 juta, meningkat 1.92% berbanding pada 2009. Ia diperolehi menerusi pajakan bangunan Hotel Dar Um Hane di Mekah. Hotel berkenaan beroperasi pada Februari 2011 dan sebahagian daripadanya disewakan kepada FELDA Travel,serta agensi umrah dan haji.

KPF juga meraih keuntungan RM4.54 juta menerusi jualan ruang pejabat dan ruang perniagaan di Blok D5, Solais Dutamas, sementara bangunan Southgate yang bernilai RM226 juta di Jalan Sungai Besi siap pembinaan pada Mei lalu.

Dalam mesyuarat itu Dzulkifli mengumumkan anggota KPF telah bertambah 5.91% berbanding pada 2009 (207,913). Manakala jumlah anggota di kalangan peneroka pula bertambah 5.98% berbanding pada 2009 (193,506). Sementara itu modal syer anggota terus meningkat 12.26% kepada RM1.64 billion berbanding RM1.46billion pada 2009.

Jumlah modal syer yang dimiliki oleh Kumpulan Peneroka turut mencatatkan penambahan sebanyak 11.82%  kepada RM1.14billion (RM1.02 billion pada 2009). Modal syer yang dimiliki oleh Kumpulan Peneroka berjumlah RM1.18 billion merupakan 71.83% daripada keseluruhan modal syer, dengan purata pemilikan sebanyak RM10,000 sekeluarga.

Anggota daripada Kumpulan Kakitangan, iaitu seramai 26,701 mewakili 12.13% daripada jumlah keseluruhan anggota KPF dengan pemilikan syer berjumlah RM448.70 juta ataupun 27.38% daripada keseluruhan syer anggota.

Pada mesyuarat agung itu KPF juga mengumumkan cadangannya untuk mengurangkan penggantungan kepada pelaburan ekuiti dalam Syarikat Kumpulan FELDA, sebaliknya akan memberi fokus kepada beberapa bidang baru seperti perladangan, perbankan koperasi dan pajak gadai Islam. – 23/6/2011.

Posted in Berita Semasa, Info Felda, Umum | Tagged , | 4 Comments

5 strategi licik jimat wang

 

Oleh: Cikgu Azros

Admin Blogspot Pakar Kewangan

Berjimat bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan keberanian untuk melaksanakan semua rancangan penjimatan. Jika tiada keberanian, usaha untuk berjimat pasti tidak akan berjaya. Berjimat akan menyebabkan anda perlu meninggalkan beberapa perkara yang anda suka. Contohnya dahulu anda melanggan astro, di sebabkan berjimat anda potong talian astro. Anda perlu ada keberanian untuk meninggalkan nikmat menonton siaran berbayar dan hidup tanpanya.

5 strategi yang bakal saya dedahkan ini juga memerlukan keberanian dari diri anda sendiri untuk menjayakannya. Tanpa keberanian, strategi ini tidak akan berjaya.

Strategi pertama : Masak makanan dan minuman di rumah.

Di Malaysia, kebiasaannya lelaki akan di ejek jika membawa bekal dari rumah. Pedulikan ejekan kerana telah terbukti jika anda bawa makanan dan minuman dari rumah, anda akan lebih jimat. Anda pasti akan jimat beberapa ringit sehari jika amalkan membawa bekal dari rumah.

Strategi kedua : Jimat minyak.

Jika kereta anda pakai banyak minyak, tukar pada motor yang kurang penggunaan minyaknya. Anda juga boleh berkongsi kereta dengan rakan – rakan. Selain itu, anda boleh naiki pengangkutan awam seperti bas atau LRT untuk ke tempat kerja. Jangan membazir wang untuk minyak jika ia tidak perlu. Jika tempat kerja dekat dalam 2 hingga 5 kilometer,anda boleh berjalan kaki atau kayuh basikal untuk jimatkan lagi wang untuk minyak.

Strategi ketiga : Tabung harian.

Masukkan wang lebihan belanja terutama wang syiling ke dalam tabung. Dari anda membiarkan wang tersebut bersepah –sepah, lebih baik anda kumpulkan ia dalam satu tabung. Jangan pandang rendah nilai wang syiling

Strategi keempat : Jimat air dan elektrik.

Minimumkan penggunaan air dan elektrik. Jika tidak menonton televisyen, matikan suiz elektrik. Sebelum keluar rumah, pastikan air di tutup dan semua suiz elektrik di tutup. Gosok baju secara berkelompok untuk menjimatkan penggunaan kuasa elektrik. Basuh baju hanya apabila penuh mesin basuh untuk memaksimakan pengguaan air.

Posted in Tips | Tagged , | Leave a comment

KPF 2 untuk Generasi Felda

Sebelum ni aku pernah masukkan berita yang Felda akan melancarkan KPF 2 untuk Generasi Felda. Yang tak ingat berita tu, aku letakkan link di sini. Felda tubuhkan KPF 2.

Baru hari ni aku tahu yang penubuhan KPF 2 telah pun diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 14 April 2011 setelah aku bukak laman web Felda. Pelik juga kenapa tiada pengumuman mengenainya di media-media.

Apakah KPF 2? KPF 2 di tubuhkan sebagai pelangkap kepada KPF, di mana keanggotaannya adalah untuk generasi baru Felda seluruh negara yang tinggal di dalam mahupun di luar rancangan Felda, kakitangan Felda dan juga anak kakitangan Felda. Syarat-syarat untuk menjadi anggota KPF 2:

  1. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Malaysia.
  4. Generasi baru peneroka Felda yang bukan pengganti peneroka yang samaada tinggal di dalam atau diluar rancangan / Kakitangan Felda / Anak kakitangan Felda
  5. Bukan seorang yang Bankrap.
  6. Tidak hilang upaya dari segi mental.
  7. Bukan yang seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar.
  8. Bukan seorang yang telah dibuang menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Camne nak daftar? Download borang di sini. Isi dan hantarkan ke pejabat Felda atau ibu pejabat Felda beserta bayaran RM20 dan syer minima RM100 dalam bentuk wang pos ataupun bank draft.

Sebagai generasi Felda kita seharusnya mengambil peluang pelaburan seperti ini. Harap-harap dividen KPF 2 ni setanding dengan KPF.

Download Borang KPF 2

Posted in Info Felda, Umum | Tagged , , , | 17 Comments

Pinjaman KPF dari Maybank Temerloh

Sepertimana yang kita ketahui, Koperasi Permodalan Felda (KPF) bakal mengumumkan bonus pada bulan June ini dan kepada yang dah melabur tu mesti happy bila dengar dividen yang bakal diumum mencecah 14%. KPF merupakan salah satu pelaburan yang menguntungkan buat masa ini. Jika dibandingkan dengan ASB, dividen ASB hanyalah sekitar 8%.

Apa yang saya nak ceritakan hari ini ialah berkenaan dengan pinjaman KPF ataupun pinjaman dari bank untuk kita melabur dengan KPF. Saya baru sahaja bercakap dengan pegawai Maybank Temerloh, dan pegawai tersebut mengesahkan bahawa Maybank Temerloh memang ada menawarkan pinjaman untuk pelaburan KPF.

Butiran lanjut mengenai pelaburan tersebut seperti berikut:

Jumlah maksimum pinjaman : RM50,000

Jumlah pinjaman: Sehingga 90% (maknanya jika kita ingin meminjam RM50,000 kita perlu sediakan RM5,000 dan bank akan memberi pinjaman RM45,000)

Tempoh pinjaman: Sehingga 10 tahun.

Kadar Faedah : BLR + 1.25% (Kadar BLR semasa ialah 6.6%)

Ok, ramai yang bertanya kepada saya, untung ke kalau buat pinjaman? Mari kita kira sama-sama. Saya andaikan kita meminjam RM45,000 untuk tempoh 10 tahun.

Pinjaman = RM50,000

Bayaran bulanan = RM670 sebulan ataupun RM8,040 setahun

Dividen tahunan = RM50,000 x 14% = RM7,000

Berdasarkan pengiraan mudah diatas, tahun pertama kita perlu mengeluarkan RM8,040 dan tahun berikutnya kita gunakan dividen untuk membayar ansuran bulanan tersebut. Ini bermakna, kita akan hanya mengelurkan RM8,000 + RM1,040 x 9 tahun = RM17,400 selama 10 tahun. Selepas 10 tahun anda sudah ada RM50,000 didalam akaun KPF anda. Anda sudah untung lebih kurang RM32,600 dalam masa 10 tahun.

Sebenarnya, jika kita tidak mengeluarkan dividen tersebut untuk tempoh 10 tahun, dan hanya menggunakan duit gaji kita untuk membayar ansuran bulanan, kita akan menggandakan lagi keuntungan kita. Cuba perhatikan pengiraan dibawah:

Ansuran Bulanan selama 10 tahun = RM80,325 (RM670 x 12 x 10 tahun)

Baki tahun 1 = RM50k + 14%(RM50k) = RM57,00

Baki tahun 2 = RM57,000 + 14%(RM57k) = RM64,980

Anda kira sendiri la detail sampai tahun 10.

Baki tahun 10 = RM185,361

Keuntungan anda = RM185,361 – RM80,325 = RM105,036

Dari contoh yang saya buat di atas anda sudah ada RM185k pada tahun ke-10 dengan keuntungan bersih RM100k. Kesimpulannya, pinjaman ini memang menguntungkan selagi mana kadar faedah tidak melebihi dividen tahunan tersebut.

Lepas baca artikel ni boleh la kita ramai-ramai serbu Maybank Temerloh. Dan kepada yang masih belum menjadi ahli KPF, sila baca artikel saya Menjadi Ahli KPF.

 

 

Posted in felda, Umum | Tagged , , | 1 Comment

KPF dijangka agih dividen 2010 sebanyak 14 peratus?

Kepada yang dah melabur di KPF, aku ucap tahniah.. Yang belum melabur lagi, cepat-cepat isi borang.. bukan susah pun. Saya pernah kongsikan bagaimana nak melabur di KPF dengan menjadi ahli KPF. Cuba baca berita dari Bernama ni. Ternyata KPF lebih untung dari pelaburan ASB.

KPF dijangka agih dividen 2010 sebanyak 14 peratus

KOPERASI Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF), dijangka mengagih dividen untuk 2010 melebihi jumlah dividen sebanyak 14 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengerusinya Datuk Dzukifli Abd Wahab, berkata unjuran itu selaras dengan misi KPF untuk memaksimumkan pulangan pelaburan ahli dan meningkatkan nilai pelaburan dalam syarikat FELDA.“KPF menyasarkan jumlah agihan dividen antara 12 peratus dan 16 peratus setiap tahun,” katanya selepas pertemuan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, dalam tempoh 10 tahun, KPF berupaya mengekalkan sasaran itu dengan jumlah agihan tertinggi dicatatkan pada 2007, iaitu 16.5 peratus.

Bagi 2010, jumlah keuntungan bersih KPF mencatatkan sedikit penurunan kepada RM256 juta berbanding RM328.72 juta pada tahun sebelumnya.

Ditubuhkan pada Julai 1981, KPF berperanan sebagai pusat simpanan dan pelaburan anggota FELDA dan memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat kumpulan itu.

Objektif penubuhan koperasi ini adalah untuk menggiat dan menggalakkan penyimpanan wang oleh anggota FELDA serta menyediakan kemudahan simpanan dan aktiviti pelaburan yang diuruskan secara profesional.
KPF mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM2.26 bilion sepanjang 2010, peningkatan sebanyak 12.94 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2009 iaitu RM2 bilion.

Dzukifli berkata, pertumbuhan itu disebabkan oleh peningkatan aktiviti pembiayaan sebanyak 177.04 peratus dan penambahan simpanan dalam Amanah Raya Bhd sebanyak 138.75 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Pelaburan terbesar adalah di dalam segmen sekuriti pasaran (RM526.42 juta) dan deposit dan simpanan (RM437.94 juta),” kata beliau.

Dzulkifli berkata, KPF kini mengintai peluang pelaburan di rantau Asia dan mengadakan lawatan ke Myanmar baru-baru ini bagi tujuan itu.

“Bagaimanapun, keutamaan KPF masih kepada pelaburan dalam negara,” katanya.

Jumlah pelaburan hartanah KPF pada akhir 2010 sebanyak RM240.08 juta, pertumbuhan sebanyak 1.92 peratus berbanding RM235.55 juta yang dicatakan pada tahun sebelumnya.

“Penjualan ruang pejabat dan perniagaan di Solaris Dutamas, Blok D5, di Jalan Duta sudah mencatatkan keuntungan sebanyak RM4.54 juta dan sehingga akhir tahun lepas, hanya lima unit yang masih belum terjual,” kata Dzukifli.

Antara pelaburan hartanah terbaru yang diteroka KPF ialah pajakan bangunan Hotel Dar Um Hane di Mekah, Arab Saudi.

Dzukifli berkata, melalui pajakan ini, sebahagian daripada hotel yang mula beroperasi pada Februari 2011 itu akan disewakan kepada Felda Travel, manakala sebahagian lagi kepada agensi-agensi Umrah dan haji yang lain. – BERNAMA

Posted in Berita Semasa | Tagged , | Leave a comment

GST bakal dilaksana di Malaysia

Dulu dah kecoh pasal GST ni. Pastu senyap balik bila kerajaan menagguhkan perlaksanaannya buat sementara waktu kerana ingin melakukan kajian yang lebih terperinci dan kononnya ingin memberi kesedaran kepada orang ramai.. Baru-baru ni terbukak balik cerita GST apabila kerajaan mengumumkan akan melaksanakan GST dan seterusnya mengurangkan cukai korporat dan individu.

Apa sebenarnya GST atau nama penuhnya Good and Service Tax ni?

Mengikut apa yang aku belajar, skop GST ni lebih luas dari Servis Tax yang ada sekarang. Ia akan dikenakan kepada hampir semua jenis barang dan perkhidmatan di Malaysia bergantung kepada kategori barang tersebut.

Kategori GST ni pulak terbahagi kepada 3 iaitu, standard supply yang mana kadar GST nye mengikut yang akan diumumkan oleh kerajaan.   Setakat ni di beritahu kadar GST yang akan di perkenalkan di Malaysia ialah 4%. Yang kedua ialah zero rate supply yang mana barang tersebut dikenakan GST pada kadar 0%. Antara barang yang termasuk dalam kategori ini ialah beras, tepung, gula dan beberapa lagi barang kawalan lain. Dan yang ketiga ialah exempt supply iaitu barang-barang yang dikecualikan dari GST tersebut. Antaranya ialah caj bank, kenderaan awam, perubatan, pelajaran dan beberapa barang keperluan lain.

Adakah GST ini membebankan?

Kalau dilihat dari kadar yang dikenakan iaitu 4%, ianya nampak lebih rendah dari servis tax yang dikenakan sekarang iaitu 5%. Mungkin kita merasa ia memberi manafaat kepada kita.

Tetapi jika kita fikir semula, hampir semua barang akan ada GST, tidakkah ia membebankan? Dan harus diingat, GST ni melibatkan barang dari semua peringkat pembuatan? tak faham? aku pun tak berapa paham.. hehe.. Ok macam ni, cerita pasal kilang baju. Bahan mentah yang diperlukan untuk membuat baju ialah kain, benang, dan beberapa bahan lagi, dan kilang ini juga memerlukan mesin jahit, gunting dan sebagainya untuk pekerjanya menjahit baju tersebut. Cuba anda bayangkan kalau kilang tersebut terpaksa membayar GST ke atas kain, benang dan juga mesin jahit tersebut, adakah kos pengeluaran baju akan meningkat? Dan baju2 tersebut di hantar kepada pembekal sudah tentu dengan harga yang tinggi, pembekal pulak terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi apabila perkhidmatan lain dikenakan GST. Sudah tentu pembekal tersebut akan penghantar kepada kedai2 dengan harga yang lebih tinggi. Pekedai pulak terpaksa mengambil dengan harga tinggi. Dan kos untuk operasi kedai juga turun meningkat apabila kadar sewa terdapat GST, kos membeli almari pameran meningkat kerana caj GST tersebut.

Jadi, apabila kos-kos tersebut meningkat dari setiap rantaian tersebut, adakah kos baju tersebut tidak akan meningkat? dan pembeli membeli pakaian tersbut juga dikenakan GST. Bayangkanlah.

Oklah, aku cerita sampai disini dahulu. Ada masa aku tulis lagi mengenai GST ini. Tulisan ni hanya pandangan aku sahaja berdasarkan pengetahuan yang aku ada. Kalau sape2 boleh bagitahu kebaikan GST ni boleh tinggalkan komen di bawah.

Dari blog www.farizkamis.ws

Posted in Ilmiah, Umum | Tagged , , | 1 Comment

TIPS MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA

TIPS MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA
pilihanraya 2011Artikel ini di ambil dari blog Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. (sertai facebook DrMAZA.com). Link asal dari sini http://drmaza.com/home/?p=1391

 

TIPS MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA

Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang. Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan.

Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamir oleh setiap parti yang bertanding.

Dalam salah satu artikel yang lepas, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).

Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.

Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan.

Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya)

“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik.

Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.

5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.

Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).

Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.

6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut.

Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w:

“Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

 

Posted in Tips, Umum | Tagged , | Leave a comment

Hati seorang ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?” Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : “Sebab aku lelaki.”

Anak perempuan itu berkata sendirian : “Aku tidak mengerti”…

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : “Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.” Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : “Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?”

Ibunya menjawab : “Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian.”

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.”

“Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.”

“Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya”.

“Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya.”

“Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya”.

“Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.”

“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.”

“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.”

“Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.”

“Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

“Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.”

Note: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu
menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.

p/s: Artikel dari emel
Posted in Motivasi, Umum | Tagged , | 2 Comments

Isi Borang Cukai Secara Online Dengan Selamat

Ha.. Bulan ni adalah bulan terakhir buat individu untuk submit borang BE.. artikel kali ini berkenaan dengan cukai pendapatan yang saya copy dari blog On9 info. http://on9info.com/isi-borang-cukai-secara-online-dengan-selamat.html

Memang ramai diantara kita telah pun menggunakan e-Filing untuk mengisi dan menghantar borang cukai secara online. Pada bulan April dan Jun setiap tahun biasanya merupakan bulan paling sibuk dimana ramai diantara kita telah bersedia untuk menghantar borang cukai Be atau B.

Dengan adanya e-Filing proses penghantaran borang Cukai memang mudah, kita boleh kira cukai kita sendiri kat rumah,di office atau dimana-mana sahaja dan boleh terus hantar secara online dengan hanya mengesahkan penghantaran melalui“Tandatangan Sijil Digital”. Walaupun pada dasarnya sistem e-Filing telah diuji tahap sekuritnya namun kita masih lagi perlu mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan kecurian data peribadi semasa mengisi borang cukai secara online.

Ini ada beberapa Tips Mengisi Borang Cukai secara e-Filing.

-Jangan sesekali klik link yang meragukan dalam e-mel kerana link tesebut mungkin laman web palsu atau berkaitan kegiatan ‘memancing data’. Penipu internet memang pandai, diaorang buat macam laman web betul tetapi sebenarnya link tersebut adalah link ke laman web palsu. Semak betul-betul URL address dan make sure ianya alamat yang sebetulnya.

-Jangan reply permintaan untuk dapatkan maklumat peribadi atau kewangan atau kata laluan yang dihantar melalui email. Setahu saya LHDNM tidak pernah minta maklumat personal, maklumat kewangan atau password dengan  menggunakan email.

-Bagi menyusahkan kecurian data berlaku dinasihatkan Pilih kata laluan yang sukar diteka untuk perkhidmatan eFiling. Elok selalu tukar kata laluan dan rahsiakannya.

-Cepat-cepat Log-keluar setiap kali selesai guna eFiling dan kalau tak nak duduk lama-lama menghadap komputer isi e-Filing sediakan dokumen rujukan siap-siap sebelum mula mengisi borang.

-Sentiasa pastikan komputer dan perisian sentiasa diupdate software berkaitan dan pastikan komputer dilindungi AntiVirus, Anti Spam, FireWall dan sengkatannya.

-Pastikan maklumat penting dibuatkan back up dan salinannya disimpan dalam pendrive / external disk. Senang nak recover balik kalau ada apa-apa berlaku.

-Sentiasa Alert dengan berita semasa dan tingkatkan pengetahuan tentang trend keselamatan menggunakan perkhidmatan online supaya tidak mudah tertipu.

-Lagi elok hantar borang cukai anda awal, jangan tunggu pada 30 April (untuk Borang Be) dan 30 Jun (Borang B) setiap tahun baru nak hantar borang. Tunggu last minute memang ada kemungkinan tahap keselamatan data agak terjejas,  biasanya kita akan buat dalam keadaan tergopoh gapah hingga lupa langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian.

 

 

Posted in Tips, Umum | Tagged , , | Leave a comment

Isa Jejas Felda Atau Tidak?

Sekarang ni heboh diperkatakan tentang Isa Samad, Pengerusi Felda. Pelantikan Isa di anggap menjejaskan reputasi Felda kerana beliau pernah terlibat dengan isu politik wang sebelum ini.

HarakahDaily menyebut Isa sebagai Pengerusi Felda terus dipertikai

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru terus menjadi pertikaian, apabila ia turut dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Isa dikatakan tidak selayaknya dilantik mengetuai Felda kerana beliau bukanlah individu yang boleh diyakini dan berkelayakan, malahan perlantikannya telah memberikan implikasi yang buruk kepada Felda.

Disebabkan perlantikan Isa, nama baik dan reputasi Felda sebagai organisasi pembangunan tanah yang unggul di tanah air kini telah terjejas dan ia turut memberikan kesan buruk kepada aset organisasi itu sendiri.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika membangkitkan perkara itu, bertanya kepada Perdana Menteri apakah rasional Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda.

“Apakah tindakan kerajaan berikutan kenyataan beberapa penganalisis ekonomi bahawa perlantikan tersebut memberi kesan dan isyarat negatif kepada pasaran?” katanya yang juga Bendahari PAS Pusat pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Soalan tersebut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi telah dijawab oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Ketika menjawab soalan itu, Ahmad bagaimanapun tetap mempertahankan perlantikan Isa sebagai Pengerusi Felda yang baru, walaupun ia jelas menafikan realiti sebenar yang berlaku kepada negara, masyarakat Felda dan pandangan pelbagai pihak terutama penganalisis ekonomi.

Sementara itu, dalam perbahasan sebelum itu, Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok Suh Sim turut membangkitkan persoalan penting mengenai Perlembagaan Persekutuan dan persempadanan kawasan Parlimen.

Beliau antara lain meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan pada tahun ini demi menukar persempadan kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja memindah pengundi ke pusat pengundian yang jauh daripada pusat pengundian asal mereka dan mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dalam siri pilihanraya kecil yang lepas,” katanya.

Ini pula berita di Harian Metro: Isa tak jejas Felda

PELANTIKAN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda tidak langsung menjejaskan nama baik dan reputasi Felda sebagai organisasi pembangunan tanah yang unggul di negara ini serta tidak memberi kesan dan isyarat negatif kepada pasaran saham seperti didakwa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata, sokongan ditunjukkan warga peneroka khususnya ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor pada 30 Januari lalu dan DUN Kerdau pada 6 Mac lalu, membuktikan Felda diterima rakyat.
Beliau berkata, Indeks Komposit (IK) pada 30 Disember 2010 ditutup pada paras 1,518.91 dan didagangkan dalam jajaran sekitar 50 mata pada suku keempat 2010.

Related Posts with Thumbnails
Posted in Berita Semasa | Tagged , , | Leave a comment